Dalam keadaannya yang terpaksa dalam soal Israel dan Zionist, Anwar
al-Juburi menyatakan kepada rakyat Sarawak bahawa beliau tidak pernah menyokong
mahupun mempertahankan rejim Zionist dan Israel. Semua kenyataan yang
dikeluarkan di akhbar-akhbar Nasional dan media sosial adalah milik BN.
Dolak-dalihnya itu sememangnya sudah dijangka kerana Anwar al-Juburi
terkenal dengan sikap kelentong dan penipunya yang sangat besar itu.
Bagaimanapun, rakyat Sarawak yang mendengar ceramah Merdeka Rakyat pada
malam itu tertanya-tanya kenapa beliau tidak pula menyaman akhbar AS yang
menyiarkan artikel itu?
Menjadi kebiasaan Anwar al-Juburi yang terkenal dengan sikapnya yang suka
menyaman orang dan bawa kes ke mahkamah kerana mempunyai ramai peguam yang mahu
membelanya dengan percuma. Namun, dalam hal ini senyap sunyi saja Anwar
al-Juburi.








