BAHAGIAN 2: ANWAR IBRAHIM TUDUH BN RAMPAS TANAH NCR



Ungkapan ‘Rampas Tanah’ sering menjadi mainan Pakatan Pembangkang dalam menayangkan kekejaman Kerajaan BN. Tetapi, hakikatnya BN tidak pernah merampas tanah rakyat Sarawak termasuklah Tanah NCR. Malah, Kerajaan BN cuba untuk menyelesaikan masalah rakyat dengan melakukan perimeter survei.

Sebaliknya, Anwar al-Juburi menuduh Kerajaan BN merampas tanah rakyat hingga menyebabkan banyak tanah rakyat menjadi hak milik Kerajaan BN dan pemimpinnya. Dakwaan itu hanyalah bersikap propaganda bagi membolehkan rakyat membenci Kerajaan BN biarpun apa yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi keperluan rakyat.


Jika Anwar al-Juburi menuduh Kerajaan BN merampas tanah, bagaimana pula dengan Kampung Buah Pala dan isu tapak tanah masjid yang ingin dijual Kerajaan DAP. Isu Kampung Buah Pala segera dilupakan Anwar al-Juburi biarpun dialah orang yang berkenaan berjanji akan menyelesaikan masalah pengambilan tanah Kampung Buah Pala. Akibat janji tinggal janji, akhirnya Kampung Buah Pala kini sudah terkubur dan ada di kalangan penghuninya yang hidup merempat.

Begitu juga dengan isu tapak tanah masjid yang ingin dijual Kerajaan DAP Pulau Pinang kepada syarikat swasta. Tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang itu sedikitpun tidak dibantah pemimpin Islam PAS dan PKR. Mereka ini seolah-olah telah dipukau dan takut kepada Anwar Ibrahim.

Inisiatif penyukatan perimeter survey yang dibiayai Kerajaan BN sedikitpun tidak dihargai rakyat akibat diracuni secara berterusan daripada Pakatan Pembangkang. Hingga ada yang membawanya ke mahkamah dan mendapat khidmat nasihat berbayar daripada Pakatan Pembangkang yang majoritinya adalah peguambela. Mereka ini tidak sedar bahawa perbuatan pemimpin Pakatan Pembangkang itu bertujuan mahu mendapatkan publisiti dan duit rakyat.

Inilah yang selalu dilakukan Pakatan Pembangkang bahawa bukan untuk membantu rakyat, tetapi untuk mendapatkan wang rakyat. Anwar al-Juburi sangat merelakan perbuatan itu yang dikatakannya sebagai demi rakyat.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger