Benar seperti kata-kata yang dipetik dalam kisah-kisah Nabi Muhamad S.A.W
bahawa mereka yang dizalimi pastinya akan terbela juga kelak. Inilah yang
berlaku kepada mangsa yang dizalimi dalam kes liwat Anwar Ibrahim, iaitu Saiful
Bukhari Azlan.
Akibat daripada kenyataan penghakiman yang dibuat sebelum ini yang
menyaksikan dokumen bertulis Mahkamah Tinggi bahawa berlaku penantrasi dalam
perlakuan kes liwat Anwar Ibrahim.
Tindakan pihak pendakwaan memfailkan petisyen rayuan bertujuan memohon
Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan
Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan
sekali gus bagi mensabitkan Ketua Pembangkang itu dengan tuduhan di bawah
Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pembebasan Anwar Ibrahim pada 9 Januari lepas hanya bersifat sementara bagi
memberi ruang kepadanya untuk menghirup udara segar di luar sebelum disumbatkan
ke dalam penjara nanti.
Bagi membawa kembali Anwar Ibrahim ke penjara, petisyen yang ditandatangani
oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin itu, menyenaraikan sembilan
alasan yang mendakwa Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah terkhilaf dari segi
undang-undang dan fakta semasa memutuskan pembebasan Ahli Parlimen Permatang
Pauh itu di akhir kes pembelaan.
Antara alasan yang paling kukuh untuk mensabitkan Anwar Ibrahim terhadap
perlakuan jenayah ialah hakim bicara tersilap apabila menyatakan terdapat
keraguan ke atas integriti sampel-sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang
diperoleh daripada Mohd. Saiful Bukhari sedangkan beliau telah membuat penemuan
di akhir kes pendakwaan bahawa profil DNA 'Lelaki Y' adalah berpadanan dengan
DNA Anwar Ibrahim.
Marilah kita semua berdoa akan kes ini akan menyebelahi Saiful Bukhari demi
keadilan yang diperjuangkan selama ini.







