Menjadi kelaziman Anwar Ibrahim dengan kepetahannya berpidato hingga boleh
memukau penonton yang mendengarnya. Walaupun beliau seorang pemidato yang
bijak, tetapi isi kandungannya ternyata palsu dan bohong. Jika, tidak bohong,
fitnah menjadi isi ucapannya yang menjadi kegemarannya.
Malah, kebiasaannya Anwar Ibrahim mengatakan dirinya sebagai mangsa fitnah dan
bersedia menjawab segala tuduhan ke atasnya. Persoalannya benarkah Anwar Irahim
bersedia menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya kerana sejak 1998
pelbagai tuduhan yang diberi berasaskan fakta tidak pernah dijawab oleh Anwar
Ibrahim.
Berbeza dengan pemimpin BN yang banyak kali difitnah sehingga menyebabkan
rakyat seakan-akan percaya perbuatan itu dilakukan mereka. Bagi membersihkan
nama dan reputasi mereka, pemimpin BN berusaha untuk menjawab tuduhan yang
dilemparkan ke atas diri mereka.
Najib Razak telah bersumpah sebanyak 3 kali bagi menidakkan kaitannya
dengan Altantuya seperti yang sering didakwa penyokong dan pemimpin PR. Juga,
Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab tuduhan kononnya beliau menjual tanah kepada
Singapura. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamluddin menjawab isu penggabungan ECM
Libra dan Avenue Capital dan bekas Menteri Besar Selangor menunjukkan bukti
pembelian banglonya menggunakan pinjaman bank.
Soalnya, Anwar Ibrahim tidak pernah menjawab tuduhan terhadapnya termasuk
tuduhan terawal oleh Yahya Ismail bahawa Anwar Ibrahim pernah menerima wang
judi untuk membiayai aktiviti pemuda UMNO semasa beliau menjadi ketua Pemuda
UMNO. Cabaran bersumpah Yahya tidak pernah disahut Anwar Ibrahim.
Buat permulaan mungkin Anwar Ibrahim boleh menjawab persoalan ini:
1. Mengapa arwah bapanya dilantik menjadi Pengerusi IOI Berhad semasa
beliau menjadi Menteri Kewangan? Ketika itu juga banyak tanah di Puchong
menjadi milik IOI. IOI juga ketika Anwar Ibrahim mendapat banyak peluang niaga
sehingga menjadi konglomerat besar.
2. Apakah kelayakan sahabat baik beliau Kamarudin Mohd Noor mendapat tiga
buah projek iaitu Kuala Lumpur Linear City, KL People-Mover Rapid dan Sabah
Shipyard Sdn. Bhd yang nilai kos keseluruhannya ialah RM11.319 bilion?
3. Sahabat baik Anwar Ibrahim ini juga memiliki saham dalam dua syarikat mengendalikan pembinaan
pengangkutan di ibu negara iaitu KL Linear City bernilai RM10 bilion dan KL PRT
Sdn Bhd bernilai RM1,298 juta serta projek Sabah Shipyard Sdn. Bhd sebanyak
RM21 juta.
3. Seorang lagi sahabat baik Anwar Ibrahim, Dr. Rahim Ghouse, mendapat projek Express Rail Link bernilai RM2.4
bilion.
4. Bagaimanakah dalam sekelip mata bapa Anwar Ibrahim, Ibrahim Abdul Rahman
dan adik beradiknya, Farizon dan Marzukhi yang memegang saham berjumlah lebih
7.1 juta unit dalam tiga buah syarikat. Syarikat itu ialah Pengkalen Holdings
Berhad (Ibrahim dan Farizon) masing-masing 250,000 saham pada 2 Mei 1998;
Nissan Industrial Oxygen Incorporated (Ibrahim) sebanyak 3,790.500 dan Penas
Corporation (Marzukhi) sebanyak 2,800,000?
5. Selain Kamaruddin nama -nama lain yang mendapat faedah ialah Datuk Dr.
Wan Hasni Wan Sulaiman, Datuk Anuar Othman, Datuk Ahmad Fuad Ali, Mohd. Nor
Mutalib, Datuk Ahmad Nazri Abdullah, Datuk Khalid Ahmad, Bahrim Ayob dan Datuk
Ghazi Ramli.
6. Seorang lagi sahabat baik Anwar Ibrahim, Kamaruddin Jaafar tersenarai sebagai pemegang saham utama dalam
dua syarikat iaitu Westmont Land (Asia) Berhad dengan saham sebanyak 4,700,592
pada 13 Februari 1996 dan Malaysian Mosaics Berhad (sebanyak 7.5 juta) yang
kemudiannya mendapat banyak projek kerajaan ketika itu.
7. Kita juga ingin tahu bagaimana Anwar Ibrahim seorang bekas banduan tanpa
pencen boleh hidup bersenang lenang, mempunyai rumah banglo harga berjuta
ringgit dan sentiasa terbang ke luar negara sebelum beliau menjadi Ahli
Parlimen baru-baru ini.
Justeru, Anwar Ibrahim digesa supaya tidak lagi menipu rakyat dengan
berdolak dalih tentang apa sahaja yang dituduh ke atas dirinya. Rakyat kini
sudah bijak dan tidak akan diperbodohkan hanya dengan kebijakan berpidato.








