ANAK MAHU PAPA HEBAT TANGGUHKAN HASRAT BERSARA



Biarpun bukan mewakili majoriti suara dalam PR, Naib Presiden PKR yang juga anak kepada Ketua Umum PKR, Nurul Izzah menyatakan khidmatnya sebagai Ketua Pembangkang masih diperlukan biarpun ditolak ahli-ahli PKR dan rakyat. Malah, Anwar Ibrahim dilihat sudah tidak lagi relevan dalam politik tempatan disebabkan tindakan dan gelagatnya yang banya menyusahkan rakan-rakan dalam PR khususnya PAS.

Nurul Izzah mahu Papa Hebatnya itu terus terlibat dalam politik sama ada sebelum atau selepas PRU-13. Ini kerana jika Anwar Ibrahim bersara, maka riwayat PKR yang ditubuhkan untuk menuntut bela ke atas dirinya akan terkubur begitu sahaja. PKR pastinya tidak mahu melihat DAP dan PAS berkuasa sebagai parti pembangkang.

Tegas Nurul Izzah lagi, PKR masih memerlukan Anwar Ibrahim khususnya dalam memberikan nasihat dan strategi untuk menjatuhkan BN sama ada menggunakan tipu helah mahupun fitnah. Ini kerana Anwar Ibrahim merupakan mastermind dalam memerangi psikologi rakyat.

Terdahulu, dalam laporan Financial Times Selasa lalu, Anwar Ibrahim menimbang akan bersara daripada politik sekiranya PR gagal merampas Putrajaya pada PRU-13. Jika PR gagal, Anwar Ibrahim akan kembali kepada aktiviti asalnya sebelum menyertai politik iaitu mengajar sama ada di dalam ataupun luar negara.

Berdasaran dengan pengaruhnya kini yang teruk jatuh menjunam akibat skandal seks dan skandal penyelewengan wang rakyat, Anwar Ibrahim dikatakan sudah tidak relevan lagi kepada rakyat khususnya untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Dengan rekod Najib Razak sebagai Perdana Menteri kini amat dibanggakan bersandarkan cita-citanya untuk menjadikan Malaysia negara maju dan berkhidmat untuk rakyat.

Nurul Izzah juga menegaskan bahawa Papa Hebatnya itu telah berjaya menyatukan parti pembangkang menjadi satu pakatan dan seharusnya ramai ahli parti tidak mahu kehilangan pemimpin yang berpengalaman seperti beliau. Juga, tidak hairanlah Anwar Ibrahim sanggup diperkudakan DAP bagi mendapatkan undi dan sokongan orang Melayu. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger