WANITA PKR GEMBIRA JADIKAN KELANTAN NEGERI MAJU TERCONTOH DI MALAYSIA



Pemimpin Wanita PKR dalam ceramah Merdeka Rakyat 2 di Satok pada malam Israq dan Mikraj lalu banyak membohongi rakyat Sarawak berhubung kemajuan yang dikecapi Malaysia sekarang.

Atas alasan rakyat kini banyak dibebani hutang negara dan kelemahan pentadbiran kerajaan BN sepanjang memerintah 54 tahun Malaysia, pemimpin Wanita PKR yang dieksport khas dari Semenanjung Malaysia telah menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh kepada pentadbiran PR selain Selangor dan Pulau Pinang. Malah, menurut pemimpin Wanita PKR, kerajaan BN yang telah memerintah Malaysia selama 54 tahun perlu diubah dan digantikan dengan Kerajaan PR.

Kelantan yang telah dipimpin PAS lebih kurang 25 tahun, kini dikatakan sangat maju di Malaysia berbanding negeri-negeri lain pimpinan Kerajaan BN. Hanya bermodalkan fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz dan kepartian parti politik PAS telah menyebabkan Kelantan “maju” dan “berdaya saing”.

Sememangnya gejala masalah sosial seperti rogol, liwat, dadah dan sebagainya mencatat kedudukan tertinggi di Malaysia. Namun, disebabkan “kealiman” Menteri Besarnya dan pandangan “warak” daripada rakyatnya, semua itu diketepikan hingga membolehkan pemimpin Wanita PKR memberikan contoh Kelantan sebagai negeri terbaik kepada rakyat Sarawak.

Faktor kemunduran Kelantan diperkukuhkan dengan kenyataan Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar bahawa kemunduran Kelantan terjadi kerana pentadbiran PAS lebih mendahulukan politik kepartian.


Disebabkan keasyikan PAS berpolitik, banyak kemudahan asas yang sepatutnya disediakan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinan PAS telah diabaikan. Akibatnya, rakyat Kelantan menderita sepanjang masa biarpun rakyat Kelantan cuba untuk memberi peluang kepada PAS untuk memerintah lagi. Lihat saja bagaimana Kerajaan Kelantan GAGAL menyediakan kemudahan air bersih kepada rakyatnya sejak sekian lama.

Pentadbiran Pas di Kelantan bukan sahaja menyebabkan rakyatnya rugi selama 20 tahun, malah turut menjadikan negeri itu mundur 40 tahun. Apa tidaknya, pelabur yang berkeinginan untuk melabur juga terpaksa melupakan hasrat mereka kerana kekurangan dan ketiadaan kemudahan asas. Atas sebab itu, ramai rakyat Kelantan dipaksa berhijrah ke luar Kelantan.

Ternyata, rakyat Sarawak sekali lagi telah diperbodohkan pemimpin Wanita PKR dengan menjadikan Kelantan sebagai negeri contoh terbaik pimpinan PAS. Rakyat Sarawak tidak bodoh dan tidak akan diperbodohkan hanya kerana kepentingan politik Pembangkang untuk menuju Putrajaya. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 19, 2012 at 9:38 PM

Yang berceramah tu Lembu yang mendengar tu keldai, em memang padan le kedua-duanya. Nak berbohong pun biarle berpada, sekali klik kat internet maklumat semua negeri kat malaysia akan terpapar siap lengkap dengan maklumat terkini. Orang sarawak walaupun pendalaman mereka lagi advance internet dari penceramah tu.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger