Saturday, June 30, 2012



Kesemua pemandu teksi di seluruh Malaysia layak dan akan menerima Baucar Teksi Rakyat 1 Malaysia (TR1Ma) bagi meringankan beban dan keselesaan. Ini adalah satu daripada keprihatinan kerajaan kepada rakyat khususnya pemandu teksi.

Pemberian ini sesuatu yang tidak diduga dan seharusnya pemandu teksi berasa bersyukur atas pemberian TR1Ma yang tidak pernah diimpikan selama ini.

Namun, gangguan periuk nasi pemandu teksi di Sarawak terutama di bahagian Sibu akibat pihak yang tidak bertanggung jawab. Situasi ini bukan saja berlaku di Sarawak atau Sibu, malah juga berlaku di Semenanjung dan Sabah akibat kemunculan ulat-ulat.

Di Sarawak, pengusaha van dan kereta sapu haram ataupun lebih dikenali ‘prebet’ dalam kalangan penduduk tempatan menghantui pemandu teksi. Selain tidak berlesen dan penumpangnya terdedah dengan risiko kemalangan yang tidak berinsuran, kemunculan mereka menganggu rezeki pemandu teksi.

Dalam hal ini, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) harus mengetatkan pemantauan dan bukannya membiarkan gejala ini terus berkembang seperti mana yang berlaku hari ini.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng yang menang PRK Sibu pada 2010 lepas langsung tidak memperdulikan nasib rakyat khususnya di Sibu. Jika, sewaktu kempen, janji-janji pilihan raya hampir satu lori ditaburkan, tetapi apabila sudah menang satu pun tidak ditunaikan sebaliknya menunding jari kepada kerajaan BN sahaja.

Apakah kemenangan DAP dan Pakatan Pembangkang hanya untuk mengkritik kerajaan? Jika ini terus berlaku, amatlah mudah kerja dan tugasan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila menang pilihan raya hanya mengkritik kerajaan. 
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!