Isu tarian K-Pop di Majlis Makan Malam Parti Keadilan Rakyat (PKR), Bertam
Night di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini telah mendukacitakan Anwar
Ibrahim. Demikian juga yang berlaku ke atas pemimpin PAS yang turut sama dalam
majlis itu sehingga menyebabkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tersendak dan
malu.
Ini kerana PAS sebelum ini lantang dalam mengutuk dan mengkritik
persembahan K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya tempoh hari. Berbeza dengan
tarian K-Pop di Himpunan Jutaan Belia yang mempamerkan tutup aurat, tarian yang
dipersembahkan di Kepala Batas menampilkan 3 orang gadis seksi yang
mempersembahkan tarian K-Pop yang menggiurkan.
Apakah tarian K-Pop 3 orang gadis seksi yang menggiurkan itu tidak salah
dan halal sedangkan tarian K-Pop di Himpunan Jutaan Belia yang berpakaian sopan
dan menutup aurat itu adalah salah?
Sehingga kini PAS masih belum mengeluarkan fatwa atau kenyataan berhubung
isu ini dan sebaliknya mengambil ketetapan membisu. Di manakah pendirian PAS
dalam hal ini?
Dengan sikap membisu ini seolah-olah menunjukkan PAS ber sikap hipokrit
kepimpinan parti berlabel Islam itu yang hanya mengkritik persembahan mencerminkan
Pas tidak konsisten memperjuangkan agama suci itu.
Sikap 'pilih bulu' Pas yang tidak menegur sekutunya, PKR mempersembahkan
tarian seksi pada majlis makan malam itu menunjukkan parti tersebut hipokrit
dalam memperjuangkan Islam.








