SITI AISHAH SHAIK ISMAIL: ANWAR IBRAHIM CINTAKU SELAMANYA



Ketika media cetak dan elektronik termasuk media sosial “menyerang” Anwar Ibrahim dalam isu yang hangat diperkatakan sekarang iaitu rompakan wang rakyat berjumlah RM3 bilion, Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail secara terang “membela” Anwar Ibrahim.

Bagi mengelak isu rompakan wang rakyat berlarutan, Siti Aishah telah mengalih tumpuan rakyat Sarawak dengan mencabar Pehin Sri Taib Mahmud mendedahkan aset sepanjang pemerintahannya di Sarawak. Terdahulu sebelum ini, Malaysiakini telah disaman ekoran tuduhannya terhadap Ketua Menteri Sarawak yang disahkan mahkmah sebagai tuduhan liar.

Pengenalan BR1M yang dicetuskan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib pada awal tahun ini benar-benar membuatkan Pakatan Pembangkang bingung dan gelisah. Apa tidaknya, BR1M yang sebelum ini dipandang sebelah mata Pakatan Pembangkang kini benar-benar menghantui Pakatan Pembangkang. Ramai rakyat memberi reaksi positif terhadap pemberian BR1M.

Akibatnya, Pakatan Pembangkang mengadakan persepsi bahawa pemberian BR1M telah menyebabkan negara berhutang sebanyak RM1.08 trilion. Hakikatnya, Pakatan Pembangkang tidak pandai ekonomi yang mana pengumuman Bank Negara sebelum ini menunjukkan Malaysia kini bebas daripada hutang.

Ternyata penangan Anwar Ibrahim terhadap Srikandi PKR benar-benar menusuk kalbu hingga Ketua Srikandi PKR “berani mati” menyelamatkan Ketua Umum PKR. 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 23, 2012 at 3:56 PM

terpaksa laa sokong depan belakang dah kena belasah ngan kepala bengkok nuar....

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger