SAIFUDIN NASUTION TUKANG JAWAB ISU RM3 BILION ANWAR IBRAHIM



Sepatutnya Anwar Ibrahim, tubuh badan yang dituduh mempunyai 20 akaun bernilai RM3 bilion yang menjawab desakan rakyat bukannya Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution yang langsung tidak mempunya kaitan dan hubungan langsung tentang dakwaan itu.

Anwar Ibrahim ketika didakwa melakukan perbuatan terkutuk itu memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri manakala Saifudin Nasution ketika itu bersama PAS. Setidak-tidaknya orang yang perlu menjawab bagi Anwar Ibrahim ialah Azmin Ali yang ketika itu menjawat jawatan Setiausaha Politik dan orang yang terlibat sama secara langsung dalam penggubahan 20 akaun bernilai RM3 bilion.

Saifuddin Nasution dalam dakwaannya bahawa Datuk Abdul Murad Khalid didatangi dan dipaksa memberi arahan agar tidak membuat penafian berhubung kenyataan beliau terhadap Anwar.

Jelas Saifuddin lagi, beliau “mendapat maklumat” bahawa Abdul Murad telah didatangi pihak tertentu dan melakukan ugutan. Seolah-olah ada CCTV, tambah Saifuddin Nasution, kami (pembangkang) tahu siapa pegawai terbabit yang berbuat demikian.

Terdahulu, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk melibatkan Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam perkembangan sama, bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes. Bagaimanapun, kertas siasatan itu telah ditutup disebabkan campur tangan “orang politik” yang menyebelahi Anwar Ibrahim.

Atas sebab itu, demi menjaga “hubungan” dengan ketuanya, Saifuddin Nasution rela menjadi kambing hitam. Jadi, tidak hairanlah Saifuddin bermati-matian melindungi Anwar Ibrahim daripada di”liwat” BN. 
Share this article :
 

+ comments + 5 comments

Anonymous
June 21, 2012 at 2:45 PM

dia ni mmg dari dulu lagi bodoh...........

June 21, 2012 at 4:39 PM

Salam mr blogger,

Mohon sudi kiranya link blog aloqlaloq.blogspot.com ke blog handal tuan ini. Tk.

Aloqlaloq

Anonymous
June 27, 2012 at 2:28 AM

Bagilah fakta, baru rakyat percaya dengan kerajaan.....
jangan asyik mengelak, macam kes atlantuya.....
jangan tuduh dan salah guna kuasa...

Rakyat jangan jadi bodoh lagi,...
cari maklumat - bandingkan - Istikharah - buat keputusan - tawakal.

June 27, 2012 at 11:52 PM

Saudara Aloq Laloq,

Blog saudara sudahpun dipautkan ke dalam Wira Kenyalang.

Terima kasih atas perhatian saudara dalam melayari Wira Kenyalang.

Perjuangan ini demi agama, bangsa dan tanah air tercinta ....

Anonymous
May 26, 2013 at 7:23 AM

3 bilion anwar sorok kt mana

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger