Disebabkan takut menerima kekalahan pada PRU-13 yang boleh diadakan pada
bila-bila masa sekarang ini, Ketua Penerangan PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man
menyeru ahli-ahli PAS yang menerima tawaran mengikuti ibadah haji pada tahun
ini supaya menangguhkan pemergian haji di Mekah.
Apa yang lebih penting bagi PAS kini bukanlah mengikuti rukun Islam
sebaliknya memenangi PRU-13 bersama DAP dan PKR. Justeru, PAS meminta
ahli-ahlinya membatalkan pemergian ke tanah suci Mekah dan menumpukan perhatian
kepada menghadapi PRU-13 dengan mengalahkan BN.
Pandangan dan kenyataan Ketua Penerangan PAS itu disokong Timbalan
Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Dengan memberikan
alasan berdasarkan kaedah hukum, ibadah haji boleh ditangguhkan dan tidak
mempunyai tempoh masa untuk ditunaikan seperti mana solat.
Mengambil perbandingan solat dan menunaikan haji, Amar menjelaskan segi
hukum menunaikan haji boleh ditangguh bukan benda yang mesti dibuat, bukan
macam sembahyang dia ada waktunya kena buat dalam waktu kalau tak buat tak
boleh tapi haji tidak ada masalah, kalau kita tidak buat tahun ini kita buat
tahun depan.
Berdasarkan pandangan kedua-dua pemimpin PAS itu, secara jelas PAS cuba
menidakkan peluang ahlinya yang berpeluang menunaikan haji pada tahun hanya
kerana kepentingan politik. Sedangkan mereka tahu bahawa kuota haji tahunan
Malaysia ditentukan Kerajaan Arab Saudi. Justeru, kenyataan menangguhkan haji
adalah bersandarkan kepentingan politik PAS yang bersengkongkol dengan Yahudi
DAP dan PKR.









Sekali kita tangguh haji bukan disebabkan masalah darurat nombor giliran kita akan ke belakang. Silap-silap 20 tahun lagi baru dapat giliran haji yang baru. Lainlah kalau pergi haji pakai pakej asal ada duit boleh pergi bila-bila tahun jer. PAS kan kaya ada dana kutipan karung dan banyak songlap duit tabung rakyat. Tokey balak dan tokey rumah urut boleh bagi sponsor. Tak cukup duit boleh jual tanah-tanah kerajaan Negeri.
BalasPadamPAS - Kotor, zalim, penipu, bodoh, sesat dan menyesatkan.
Saya cadangkan..mana2 orang PAS yang tak nak tunaikan haji setelah dapat surat tawaran.. serahkan balik surat tawaran supaya orang lain boleh pergi.
BalasPadamkorang baca secara tersurat...
BalasPadamini desakan pas kepada pm supaya umumkan segera tarikh PRU13. nothing to do with pergi haji. ini bunyi siren je..
jika benar pm buat PRU time haji, nescaya totok2 agamawan akan menghentam sehabis-habisan akan keputusan tersebut..
tapi, tak ramai baca tersirat..hat ni memang pas kena balun kaw2..
PAS- Putar Alam Saja PAS-Parti Ajaran Syaitan PAS- Parti Ajaran Sesat
BalasPadam