PAKATAN RAKYAT SAMAKAN SAMBUTAN ISRAQ MIKRAJ DENGAN CERAMAH MERDEKA RAKYAT



Ketika kesemua surau dan masjid di seluruh Malaysia menyambut malam Israq dan Mikraj dengan mengadakan ceramah-ceramah agama bagi mengingatkan umat Islam akan kisah-kisah Nabi Muhamad ketika diangkat dalam perjalanan menuju ke satu-satu destinasi dan bertemu dengan sahabat-sahabat baginda dengan pelbagai macam persoalan. Semua ini dibuat bagi menyedarkan umat Islam.


Bagaimanapun, tidak bagi Pakatan Pembangkang apabila menggunakan malam yang mulia ini (Israq dan Mikraj) dengan melemparkan tohmahan secara peribadi kepada pemimpin BN terutama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Taib bin Mahmud. Maka, berlipat kali ganda pahala kedua-dua pemimpin Islam itu.

Manakala, bagi pemimpin PKR seperti Hafsah Harun, Baharuddin Mokhsen, Ketua Srikandi PKR, Ketua Penerangan Srikandi PKR, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS, Ketua Wanita PKR Sarawak (Nurhanim Mokhsen) dan Mak Lampir, kesemua mereka malam tadi adalah tujuannya adalah membuat dosa. Bagi pemimpin lain yang bukan beragama Islam seperti See Chee How, Baru Bian dan Violet Yong mereka ini hanya membuat dosa kering sahaja.

Apa pun mereka bukan sahaja berbuat dosa bahkan berjaya menyebarkan dosa kepada rakyat Sarawak yang selama ini banyak diperbodohkan dengan dakyat putar belit. Maka, tidak hairanlah ramai di kalangan mereka yang hadir di majlis itu berasa terhina dan sakit telinga disebabkan dari mula hingga akhir, penceramah Pakatan Pembangkang ini asyik menghina dan memfitnah orang saja. Malah, yang menyedihkan mereka ini sanggup memfitnah sesama Islam dan bercakap di hadapan majoriti orang Islam.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger