NIK AZIZ CARI KAWASAN PARLIMEN “SELAMAT” UNTUK DIRINYA


Setelah mengakui dirinya GAGAL dalam mentadbir Kelantan dengan baik sepanjang 22 tahun, Nik Aziz kini berhasrat untuk mencuba nasib di Parlimen bagi bersama dengan rakan se”tua”nya Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Difahamkan Parlimen P.20 Pengkalan Chepa menjadi pilihan Nik Aziz.

Sejak kebelakangan ini, ramai rakyat Kelantan memberontak terhadap pentadbirannya yang dikatakan banyak penyelewangan dan rasuah. Dua isu yang kini menjadi musuh dalam selimut Kerajaan Kelantan ialah isu Dinar Emas Kelantan dan isu air bersih yang banyak mengundang kemarahan rakyat.

Pembinaan lebuh raya yang panjangnya 72 km dari Kota Bahru itu dengan mahu mengumpulkan dana daripada rakyat merupakan satu lagi drama swasta PAS kononnya mahu menjerat BN. Hakikatnya pembangunan di Kelantan banyak disumbangkan Kerajaan Persekutuan yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai kerajaan yang memerintah Malaysia. Namun, PAS yang mentadbir Kerajaan Kelantan gagal menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas kepada rakyat khususnya dalam penyediaan air bersih sepanjang pentadbirannya selama 22 tahun.

Lebih mengejutkan banyak pihak apabila PAS sendiri mengakui selepas mengambil alih pemerintahan dari BN sejak 22 tahun lalu, Kerajaan Kelantan hanya membina sebuah saja masjid. Inikah parti yang dikatakan memperjuangkan Islam?

Persoalan timbul, siapakah yang akan dan mahu menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan? Orang itu bukan saja terdiri daripada pemimpin PAS, tetapi juga seorang yang sanggup menanggung segala kecaman yang pernah dibuat Nik Aziz sebelum ini.

Ramai yang menganggap Husa Musa menjadi pilihan Nik Aziz ekoran banyak kenyataannya sebelum ini mempertahankan kenyanyukan Nik Aziz dalam mengeluarkan pendirian mahupun “fatwa”nya. Tapi Husam kini dikatakan terlalu banyak bebanan? Husam memanglah bercita-cita mahu menjadi MB, menggantikan Nik Aziz, tapi adakah beliau akan dipilih?

Namun, nama yang menititi di bibir pemimpin PAS Kelantan itu tidak menyebelahi Husam Musa, tetapi nama singkatannya KJ! Tapi, bukan KJ Ketua Pemuda UMNO, tapi Ahli Parlimen P.19 Tumpat iaitu Kamaruddin Jaafar.

Siapakah KJ sebenarnya? Apakah kewarasan dan kewajaran Nik Aziz memilih KJ berbanding Husam Musa? Teruskan mengikutinya .....
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 29, 2012 at 10:06 AM

KJ ORG NUAR BONTOTLAH......KALAU KELANTAN DIPEGANG KJ, MAKNA DAN MAKSUDNYA HABIS TUNGGANG LANGGANG ORE KELATE BBALOH PASAL SYIAHNYA, PLURALISASINYA, LIBERALISASINYA, SUNNAHNYA........bla bla bla bla...........mapuh habis Islam Rasulullah di situ nanti

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger