NAJIB PUPUK KESEDARAN BELIA CINA, DAP PULA HASUT MASYARAKAT CINA SARAWAK



Kemerosotan sokongan masyarakat Cina terhadap pemimpin MCA pada PRU-12 yang lepas hingga menyebabkan kurangnya pemimpin Cina memegang jawatan Menteri amat dirasai. Meskipun ini satu kekurangan bagi masyarakat Cina, namun pendekatan transformasi dan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri sekaligus tidak menyisihkan masyarakat Cina untuk terlibat sama dalam menjayakan agenda negara.

Untuk itu, PRU-13, MCA yang merupakan komponen BN yang mewakili masyarakat Cina akan terus memperjuangkan kebajikan masyarakat Cina sepertimana lazimnya yang dilakukan sebelum ini. Justeru, Perdana Menteri tidak pernah melupakan penglibatan masyarakat Cina dan berusaha untuk mendampingi mereka seperti mana program Dialog Belia Cina Bersama Perdana Menteri.


Menurut Najib Razak, calon dan pemimpin MCA yang mewakili masyarakat Cina akan menjadi wakil penting bagi kaum Cina dalam menyampaikan suara dan apa yang diperlukan mereka kepada kerajaan.

Sokongan ini sangat penting dalam memastikan kerajaan kuat pada PRU-13 nanti yang mewakili semua kaum termasuk kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak. Jadi, kepada belia berketurunan Cina, jika anda mahu suara dan pandangan didengari oleh kerajaan, maka sokonglah calon MCA dan juga parti komponen lain yang mewakili masyarakat Cina di Sabah dan Sarawak.

Seperti mana lazimnya bagi semua parti yang bertanding dalam pilihan raya tidak mahu kalah seperti juga BN yang bukan saja mahu menang majoriti 2/3 malah tidak mahu pemimpin Cina yang mewakili BN kalah. Oleh itu, kerajaan meminta belia-elia Cina di luar sana untuk menyokong BN bagi mengekalkan kerajaan yang sedia ada dan seterusnya menjadikan pentadbiran kerajaan kuat dan bekerja untuk rakyat.

Ketika Najib Razak mengadakan Dialog Bersama Belia Cina, lain pula halnya dengan DAP yang cubaan menghasut rakyat Sarawak terutama masyarakat Cina. Dalam ceramah politik yang dianjurkan DAP Sarawak di BDC, pemimpin DAP dan Pakatan Pembangkang cuba menghasut masyarakat Cina dengan pelbagai macam hasutan yang kebanyakannya bersifat bohong.

DAP Sarawak berasakan “tsunami” yang dicetuskan mereka dalam PRN Sarawak Ke-10 April tahun lepas akan sekali lagi melanda Sarawak pada PRU-13. Dengan reputasi yang hanya pandai berpidato dan berceramah, dan gagal dalam memberikan perkhidmatan yang rakyat biarpun menang sebanyak 11 kerusi di DUN Sarawak.

Seperti kelaziman pemimpin DAP yang hanya bijak berkata-kata semasa berceramah dan rakyat pula terpesona dengan gelagat mereka yang kebanyakannya bercakap dengan fakta yang salah. Bersandarkan kepada fakta yang salah itu, kredibiliti pemimpin DAP sememangnya diakui mempunyai unsur-unsur komunis dengan menerapkan semangat bencikan kerajaan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger