Friday, June 22, 2012



PAS dan PKR sama-sama diperkudakan DAP demi mendapatkan kuasa politik. Itulah yang diakui pemimpin Muslimat PAS Sarawak, Zurinah Ahmad. Dalam ceramah Merdeka Rakyat 2 yang diadakan di Satok pada malam Israq dan Mikraj, Zurinah mengakui apa yang diperkatakan BN bahawa PAS diperkudakan itu benar, dan itu semua adalah untuk menyelamatkan rakyat.

Sambil menambah, seperti seorang yang benar-benar mengetahui ekonomi Malaysia, Zurinah Ahmad mendakwa sepanjang BN memerintah, Malaysia dikatakan berhutang. Dengan membandingkan kejayaan PR memerintah Selangor dan Pulau Pinang hingga menjadi sebuah negeri yang maju, dan kemusnahan BN mentadbir ekonomi Malaysia.

Atas alasan itu, PR membuat perhimpunan BERSIH 3.0 yang bertopengkan mahukan pilihan raya bersih. Sebaliknya, perhimpunan itu adalah bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat akan kekuasaan yang mereka ada dan mahu “merampas” pemerintahan negara.

Penawaran Buku Jingga oleh PR hanya bersandarkan kepada janji-janji kosong. PR masih tidak belajar PRU-12 yang lepas apabila kini rakyat Selangor sudah mula menolak PR di Selangor atas sebab banyak manifesto dan janji-janji pilihan raya yang tidak dilaksanakan.


Salah satu penawaran Buku Jingga dan perjuangan PR ialah mendapatkan royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada Sabah dan Sarawak. Hanya kerana janji royalti minyak, PR mahu rakyat Sarawak mengubah landskap politik yang selama ini tidak pernah menghampakan rakyat.

Malah, Kelantan yang telah ditadbir PAS selama 25 tahun tidak pernah keluar daripada negeri yang mundur biarpun ramai rakyat Kelantan menjawat jawatan tertinggi dalam kerajaan dan swasta.

Disebabkan itu, strategi yang dicanangkan DAP dalam BERSIH 3.0 dengan menjadikan PAS dan PKR sebagai kuda tunggangan.

Secara asasnya, PR berpolitik bukan mahu menjaga rakyat sebaliknya mahu meraih sebanyak mana kuasa bagi mengubah Malaysia menjadi sebuah negara liberal seperti yang berlaku ke atas jirannya, Singapura. 

1 comment:

  1. Disebabkan politik Melayu Islam semakin tersungkur.

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!