KHALID IBRAHIM DAN PTPTN


Tempoh 2 bulan lepas, Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang sibuk bercakap tentang mansuhkan PTPTN dan pendidikan PERCUMA sekiranya Pakatan Pembangkang diberi peluang menang dalam PRU-13 akan datang. Dalam tempoh itu, Pakatan Pembangkang sanggup mempergunakan beberapa pelajar yang liat membayar PTPTN berhimpun di Dataran Merdeka bagi mendesak kerajaan memansuhkan PTPTN dan mengadakan pendidikan percuma.

Semalam PTPTN telah mengumumkan pembekuan penawaran PTPTN kepada pelajar-pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) bagi tempoh pengambilan baru. Manakala, bagi pelajar UNISEL terdahulu mereka juga mengalami nasib yang sama apabila PTPTN membekukan pembiayaan PTPTN.

Keputusan PTPTN itu telah menyebabkan Kerajaan Selangor yang memiliki UNISEL mengalami kelam kabut. Akibatnya, Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar terpaksa mengumumkan kepada media bahawa mereka terpaksa ‘menjual’ asetnya (tanah) bagi mendapatkan wang tunai. Menurut Khalid, nilai hartanah yang dijualnya itu bernilai RM30 juta.

Tanpa sebarang penyelidikan dan kajian, Khalid Ibrahim mengumumkan nilai RM30 juta itu mampu menampung pembiayaan pelajar-pelajar UNISEL selama 5 tahun. Bagaimanapun, ramai sangsi dengan kenyataan Khalid Ibrahim itu kerana kos pengajian di UNISEL itu sangat tinggi. Itu belum lagi termasuk dengan kos-kos lain seperti makan minum, penginapan, alat tulis dan sebagainya.

Keputusan PTPTN itu juga telah merunsingkan ibu bapa pelajar-pelajar UNISEL kerana menganggap keputusan itu sangat tidak tepat. Ini kerana PTPTN masih relevan dalam konteks pendidikan di Malaysia dan sewajarnya dikekalkan. Jika PTPTN tidak disalurkan kepada pelajar-pelajar UNISEL sudah pasti ramai di kalangan pelajar-pelajar akan mengambil keputusan berhenti atau menyambung pengajian di IPT lain.

Tindakan PTPTN itu adalah sebagai menerima tuntutan Kerajaan Selangor dan Pakatan Pembangkang bahawa mereka mampu memberikan pendidikan percuma. Begitupun, kebanyakan ibu bapa pelajar-pelajar UNISEL tidak percaya Pakatan Pembangkang mampu memberikan pendidikan percuma.

Pembekuan pemberian PTPTN kepada UNISEL telah mendapat reaksi pelbagai pihak khususnya penyokong Pakatan Pembangkang. Ramai di antara mereka mengutuk tindakan PTPTN itu sebagai kejam dan menyusahkan pelajar. Sebaliknya, mereka ini tidak sedar bahawa keputusan PTPTN itu adalah permintaan Kerajaan Selangor dan Pakatan Pembangkang kerana mereka dikatakan mampu memberikan pendidikan percuma tanpa mengharapkan PTPTN.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger