KHALID DIGANTUNG 3 SEMESTER SAHAJA? SEPATUTNYA DIBUANG TERUS DARI UiTM



Pelajar jurusan Undang-Undang UiTM Shah Alam, 22, yang mencetuskan kontroversi dan menjadi buruan ramai pelajar dan bukan pelajar akibat kebiadapannya terhadap Perdana Menteri dan anggota polis sewaktu terkinja-kinja di Dataran Merdeka bagi memansuhkan PTPTN dan mengadakan pendidikan percuma serta sewaktu BERSIH 3.0.

Lebih memalukan apabila perbuatan Khalid Ismath itu dianggap sebagai alat penyebaran pembangkang seperti yang dinyatakan Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Sahol Hamid Abu Bakar.



Melihat kepada gambar-gambar tragedi jelas bahawa Khalid Ismath itu telah termakan rasukan dan racun daripada Pakatan Pembangkang. Begitupun, dengan usia sebegitu dan merupakan seorang pelajar IPT, apakah Khalid Ismath itu tidak berfikir sebagai seorang mahasiswa?


Atas tindakan biadapnya itu, Khalid Ismath telah dijatuhkan hukuman digantung pengajian tiga semester. Bagaimanapun, hukuman itu tidak setimpal dengan kelakuan yang dilakukannya. Malah, selayaknya Khalid Ismath itu dibuang terus dari UiTM bagi memberikan pengajaran kepada pelajar-pelajar lain.

Perbuatan Khalid Ismath bukan saja memalukan dirinya malah sekaligus mencemarkan nama baik UiTM yang selama ini dikagumi pencapaiannya dalam melahirkan pelajar berwibawa. Namun, hanya disebabkan seorang pelajar bernama Khalid Ismath yang berperangai seperti beruk itu telah menyebabkan keseluruhan pelajar UiTM di seluruh Malaysia menerima tempiasnya.


Naib Canselor juga menegaskan Khalid Ismath dihukum atas sebab dia didakwa tidak hadir kelas selama dua minggu berturut-turut dan dikenakan hukuman tidak dibenarkan mengambil peperiksaan dalaman semester ini manakala di bawah tuduhan kedua pula, Khalid didakwa menerbitkan unsur-unsur ugutan menerusi Facebook. Selain itu, Khalid juga dituduh menghina isteri Perdana Menteri.


Share this article :
 

+ comments + 7 comments

Anonymous
June 9, 2012 at 12:14 AM

Ko dah masuk alam pekerjaan nanti ko tau la sapa ko nak sokong, BN ke PKR...time student mmg mcm ni, aku pun sama bodoh jugak dulu termakan hasutan Anwar.

June 9, 2012 at 5:00 PM

buang saja dari UITM, buat habis duit rakyat saja. ini duit tax aku.

Anonymous
June 9, 2012 at 5:03 PM

Buang saja dari universiti dan syorkan dia masuk Unisel yang memperjuangkan kebebasan mahasiswa dan penghapusan PTPTN

June 9, 2012 at 9:42 PM

bagi peluang beruk jadian ni jd org semula. kalau nuar dh takde, kemana lg dia nk bernaung...

Anonymous
June 10, 2012 at 4:27 PM

tak hadir kelas pulak tu, hantar salinan kedatangan kelasnya pada ibu bapanya dan kepada PTPTN supaya PTPTN dia dibatalkan.

Anonymous
June 22, 2012 at 12:30 AM

Kenyataan Tun Mahadir "Terlalu terbuka akan melahirkan semakin ramai Extremis" Seharusnya Naib Censelor UITM di lucutkan jawatan kerana gagal mengawal Universiti org Melayu/Bumiputera yg dilimpahkan tongkat, keistimewaan, kesenangan entah apa2 lagi yg jauh lbh istimewa dari mana Universiti Awam yg lain. Swasta jgn cakap Beb.. Melahirkan pelajar yg tidak bersyukur seharusnya tindakan tegas perlu diambil sama ada pelajar atau TNC..Besok kerja kjaan tu yg maklumat kjaan sampai bocor kat pembangkang..

Anonymous
June 25, 2012 at 8:37 PM

Letak tangan atas bahu wanita???? Siapa perempuan tu?? Kalau isteri yg sah bolehla... Otherwise???????

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger