KAMARUDDIN JAAFAR @ KJ PENGGANTI SESUAI NIK AZIZ SEBAGAI MENTERI BESAR KELANTAN



KJ atau nama sebenarnya Kamaruddin Jaafar dikatakan calon yang sesuai menggantikan Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan. KJ sekarang ini merupakan Ahli Parlimen Tumpat sejak 1999 dijangka akan bertanding di DUN N.3 Pasir Pekan yang terlatak dalam dalam kawasan Parlimen Tumpat.

Percaturan seterusnya juga melibatkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob dengan akan bertanding di kerusi Parlimen Tumpat dengan mengambilalih kerusi yang disandang KJ. Kesemua ini adalah kawasan selamat dan pasti menang di pihak PAS.

Tapi siapa Kamaruddin Jaafar @ KJ ini? Mengikut pemahaman politik, biarpun KJ ini ahli PAS, tetapi sebenarnya dia ini orang Anwar Ibrahim yang sengaja diletakkan di dalam PAS bagi mengaburi mata PAS. Anwar Ibrahim banyak memasang umpan di dalam PAS dengan KJ merupakan sebahagian daripadanya.  

Anwar ini memang licik orangnya. Itu pun semua orang tahu. Jika benarlah maka Anwar Ibrahim memang bijak. Adakah jika KJ menjadi Menteri Besar Kelantan kelak, maka akan mudah PKR dapat bertapak di bumi Kelantan selepas ada tanda-tanda jelas akan kehancuran pertahanan PKR di bumi Selangor dan Pulau Pinang.

Hasrat PKR untuk menyusup masuk ke dalam pentadbiran Kelantan sangat terbuka luas dengan kejayaan KJ memegang jawatan Menteri Besar Kelantan. Berbekalkan “kejatuhan” PKR di Parlimen Permatang Pauh, mahu tidak mahu Anwar Ibrahim terpaksa juga menyusup masuk ke dalam pentadbiran Kelantan bagi memperlihatkan kerelevanan PKR dalam kancah politik pembangkang.


Faktanya, KJ ini merupakan strategis Anwar di dalam think-tanknya, Institut Kajian Dasar (IKD). Semasa KJ menerajui IKD dia dikatakan banyak mengeluarkan buku mengenai fahaman yang cuba dibawa oleh Anwar Ibrahim mengenai masyarakat madani. Kebanyakan buku-buku itu dikatakan ditaja oleh sebuah yayasan dikenali sebagai Kondrad Adeneur, sebuah pertubuhan milik Parti Kristian Demokrat di Jerman.

Datuk KJ bukan calang-calang orang. Beliau juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ghafar Baba. Semasa itu, Anwar Ibrahim ialah Menteri Kewangan. Tapi semasa KJ bersama Ghafar Baba, Anwar Ibrahim juga sudah bercita-cita mahu menjadi TPM, menggantikan Ghafar Baba.

KJ dan Anwar Ibrahim pernah aktif dalam ABIM dan merupakan sahabat baik. Akhirnya pada 1993, Anwar Ibrahim melawan Ghafar Baba dan oleh kerana permainan politik wang yang terlalu hebat, Anwar Ibrahim menang dalam permilihan UMNO. Adalah tidak mustahil Anwar Ibrahim memiliki wang sebanyak RM3 bilion wang rakyat.

Beliau kemudian dilantik menjadi TPM. KJ pula secara rasmi berada bersama Anwar Ibrahim di dalam lingkungan TPM Anwar Ibrahim. KJ diberi peranan oleh Anwar Ibrahim untuk menjalankan perniagaan.

Nik Aziz yang selama ini amat mengkagumi Anwar Ibrahim, kini melihat KJ mempunyai potensi.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
July 23, 2015 at 2:01 PM

ternyata anwar ibrahim amat bijak orangnya. semua orang-orang jahat amat bijak berani pandangan jauh ke depan

orang2 biasa gagal membaca pergerakan mereka dengan baik

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger