HANYA SATU JALAN SELAMATKAN NEGARA IAITU TOLAK ANWAR IBRAHIM DAN PAKATAN PEMBANGKANG





Isu dadah merupakan salah satu isu besar negara yang tiada kesudahannya. Namun, itu isu sosial, tetapi dalam isu politik Anwar Ibrahim adalah isu yang perlu ditamatkan kesudahannya. Selain mengkucar-kacirkan negara dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang dibuat kepada rakyat, Anwar Ibrahim juga musuh utama rakyat Malaysia kerana perbuatannya yang menkhianati negara kita, Malaysia.

Justeru, PRU-13 akan datang ini adalah jalan terbaik bagi rakyat Malaysia melakukannya. Jika tidak, rakyat bukan sahaja akan hidup dalam keadaan gelisah dan bermasalah malah Malaysia akan menjadi kuda tunggangan Yahudi seperti mana yang dibuat mereka ke atas Anwar Ibrahim.

Bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Mohd Ezam Mohd Noor mengumumkan PRU-13 merupakan saat paling tepat untuk rakyat menyingkirkan Anwar Ibrahim yang telah melakukan pengkhianatan besar terhadap negara dan rakyat Malaysia.

Rakyat harus sedar akan tanggungjawab dan peranan yang perlu dimainkan mereka dalam PRU-13 ini dengan menolak Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang, dan memberikan ruang dan peluang yang besar kepada BN pimpinan Najib Razak bagi mentranformasikan negara sebagai negara maju pada tahun 2020.

Menjelas mengenai pengkhianatan yang pernah dilakukan Anwar Ibrahim, ianya tidak boleh dipandang mudah kerana melibatkan hubungan antara negara. Sebagai contoh, Anwar Ibrahim sering memburukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa khususnya Indonesia sehingga rakyat negara jiran itu sanggup melontar bangunan kedutaan Malaysia dengan najis dan sebagainya.

"Anwar Ibrahim lanyak kita di Indonesia, orang Indonesia pergi kedutaan letak najis, bakar, tak pernah berlaku dalam sejarah termasuk semasa konfrontasi Sukarno. Tak pernah kita dihina macam itu.

"Kenapa berlaku, sebab ada pemimpin bangsa kita sendiri yang hina kita, bangsa kita, negara kita," kata Mohd Ezam lagi.


Tidak cukup dengan itu, Anwar Ibrahim semasa di Indonesia Anwar Ibrahim sentiasa memburukkan imej negara termasuk menuduh kerajaan zalim. Demikian juga hubungannya dengan Israel. Disebabkan kepentingan politik, dan usahanya mahu menjadi Perdana Menteri, beliau sanggup mengkhianati umat Islam di Palestin dan umat Malaysia seluruh dunia termasuk Malaysia.

Begitu juga semasa mengadakan BERSIH 3.0 apabila sanggup menggunakan pelajar dan NGO’s untuk memerangi kerajaan sehingga sanggup mencederakan anggota polis. Lebih mendukacitakan, Anwar Ibrahim menggunakan media antarabangsa bagi memburukan Malaysia khususnya semasa berlangsungnya BERSIH 3.0.

Untuk itu, pertarungan ke atas Anwar Ibrahim bukan semata-mata kerana BN tetapi lebih kepada usaha menyelamatkan rakyat dan negara supaya tidak jatuh kepada pendukung Yahudi seperti Anwar Ibrahim. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger