EZAM MOHD NOR: ANWAR IBRAHIM TIDAK LAYAK DIANGKAT SEBAGAI PERDANA MENTERI




Canang-canang Pakatan Pembangkang bahawa mereka akan melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri nampaknya kini sudah kembali kendur ekoran kenyataan Karpal Singh yang mahukan Perdana Menteri dilantik kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam atau lebih tepat lagi calonnya ialah Lim Guan Eng.

Biarpun kenyataan itu diucapkan Karpal Singh, PAS parti Islam kononnya, mempersetujui kenyataan Karpal Singh itu demi kelangsungan politik PRU-13.

Bagaimanapun, bagi bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Nor menyifatkan perlantikan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Pembangkang menang PRU-13 adalah satu musibah. Begitu juga dengan perlantikan Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu. Ini disebabkan Malaysia ini dihuni masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan reklod pemerintahan di bawah BN dan Perdana Menterinya terdiri daripada orang Melayu dan Islam, ianya dapat hidup aman dan bertolak ansur.

Anwar Ibrahim bukan sahaja tidak layak menjadi Perdana Menteri bahkan individu ini merupakan virus kepada perpecahan kaum di Malaysia. Justeru, rakyat Sarawak diminta menolak individu bernama Anwar Ibrahim kerana niatnya hanya mahu menghancurkan negara ini kepada tangan Yahudi.



Kesalahan mengkhinati negara bukanlah perkara kecil malah perbuatan itu disifatkan sebagai kesalahan besar dalam politik. Apakah rakyat Malaysia khususnya di Sarawak ini mahu melihat campur tangan Yahudi dalam pentadbiran negara?

Ini sebenarnya boleh berlaku jika rakyat Malaysia dan masyarakat Sarawak memberikan undi kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang. Ini disebabkan kini banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO’s) dari luar negara yang dimiliki Yahudi telah sanggup memberikan pembiayaan dalam bentuk wang kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Pembangkang bagi menyaingi BN dalam PRU-13 akan datang ini.

Jika Pakatan Pembangkang menang, pastinya habuan itu akan diberikan kepada Yahudi yang banyak membantu mereka khususnya pembiayaan dalam bentuk kewangan dan latihan. Habuan ini pastinya dalam bentuk ekonomi, pengembangan agama Yahudi dan tidak mustahil Islam akan hilang di bumi Malaysia.

Begitu juga dengan amalam LGBT yang kini menjadi amalan dan pegangan kebanyakan pemimpin Pakatan Pembangkang dan sanggup membelakangkan Islam bagi mereka yang beragama Islam. Semua ini adalah disebabkan kepentingan politik.

Kehadiran Senator Mohd Ezam Nor ke Kuching kerana ingin mengingatkan orang di sini jangan bersekongkol dengan orang yang mencemarkan nama negara. Ini penting kerana kegiatan buruk bekas Timbalan Perdana Menteri itu wajar didedahkan kepada rakyat Sarawak walaupun majoriti rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).

Rakyat Sarawak harus mengetahui hal ini khususnya perilaku Anwar Ibrahim yang sememangnya mahu menghancurkan Malaysia. Apakah rakyat sanggup melihat Malaysia yang dibentuk sejak 49 tahun lalu hancur sekelip mata selepas PRU-13 dengan memberikan kemenangan kepada Pakatan Pembangkang?

Di Semenanjung, rakyat sudah mula sedar akan kepincangan yang berlaku sekiranya Pakatan Pembangkang memerintah. Bagi rakyat Selangor, Pulau Pinangm Kedah dan Kelantan mereka ini sememangnya menunggu dengan penuh sabar PRU-13 kerana sudah tidak tahan lagi dengan sikap Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Pembangkang ini yang tidak pandai mengurus negeri.

Justeru, bagi rakyat Sarawak sokongan yang diberikan ke atas BN seperti mana yang ditunjukkan dalam PRN Sarawak Ke-10 April lepas harus diteruskan dalam PRU-13 demi kelangsungan pembangunan Sarawak. menjadi kelaziman dalam agenda nasional, Sarawak dan Sabah tidak pernah dipinggirkan lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Najib Razak.

Untuk itu, pada PRU-13 ini rakyat Sarawak diseru memberi peluang dan ruang kepada Najib Razak untuk memerintah dan meneruskan agenda transformasi yang menjadi dukungan dalam mencapai negara maju 2020. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger