DRAMA KEHILANGAN DJ RADIO FREE SARAWAK PETER JOHN JAMBAN HANYA GIMIK POLITIK




Kehadiran Peter John Jaban @ Peter John Jamban, DJ Radio Free Sarawak (RFS) ke Sarawak bagi menyambut Gawai Dayak nampaknya sudah dijadikan isu politik.

“Kehilangan” Peter John Jamban hangat diperkatakan di kalangan ahli dan penyokong Pakatan Pembangkang tetapi tidak bagi rakyat Sarawak. Ini disebabkan pada hari kejadian, kenyataan akhbar yang dibuat Chong Chieng Jen dan Baru Bian tidak sama seperti yang dilaporkan sebuah akhbar nasional berbahasa Inggeris.

Ternyata “kehilangan” yang cuba digembar-gemburkan Pakatan Pembangkang terhadap Peter John Jamban itu hanya bersifat politik sempit. “Kehilangan” Peter John Jamban juga telah disiarkan di dalam RFS bagi menyampaikan kononnya “penculikan” itu didalangi kerajaan.



Situasi ini lebih kepada satu gimik politik pembangkang untuk meraih simpati dan sokongan rakyat terutama kepada pendengar RFS dengan harapan semua ini atas kekejaman kerajaan. Pada hakikatnya, ini semua satu tipu helah Pakatan Pembangkang terutama DAP dan PKR.

Adalah mustahil Peter John Jamban itu diculik sedangkan dua wakil rakyat DAP telah bersama-samanya sebaik sampai di Lapangan Terbang Miri semasa hari kejadian. Ini semua tipu helah DAP bagi mengajak rakyat Sarawak khususnya masyarakat Dayak memberikan tanggapan negatif kepada kerajaan BN.

Pada hakikatnya, walaupun perbuatan Peter John Jamban ini disifatkan sebagai pengkhianat rakyat Sarawak dan penabur fitnah kepada seluruh rakyat Sarawak dengan apa yang diperkatakan di dalam RFS itu tidak benar, tetapi kerajaan tidak pernah menyekat atau menghalang Peter John Jamban daripada keluar dan masuk Sarawak. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger