DR MANSOR OTHMAN DIBERI TEMPOH 2 BULAN SELESAIKAN MASALAH RAKYAT PULAU PINANG



Jika sebelum ini, PKR Pulau Pinang asyik menunding jari terhadap UMNO dan BN dalam campur tangan mengenai pentadbiran di Pulau Pinang, tetapi kini ahli-ahli PKR sendiri yang memberikan amaran kepada pentadbiran Pakatan Pembangkang yang diketuai Lim Guan Eng.

Sekumpulan ahli-ahli PKR Pulau Pinang yang diketuai jurucakapnya, A. Loganathan telah memberikan tempoh selama 2 bulan untuk menyelesaikan masalah rakyat Pulau Pinang yang banyak tertangguh dan pelbagai janji yang masih belum ditunaikan lagi. Jika tuntutan dan janji yang ditaburkan itu gagal diselesaikan dalam tempoh yang diberikan, PKR Pulau Pinang meminta Dr Mansor Othman melepaskan jawatan orang nombor 2 di Pulau Pinang.

Dr Mansor Othman didakwa gagal dalam menjalankan tugasnya serta tidak mampu untuk membela nasib kaum India yang selama ini menjadi tulang belakang PKR Pulau Pinang.

Dengan nada tegas, kaum India di Pulau Pinang telah dipinggirkan oleh pimpinan PKR negeri malah Dr Mansor Othman tidak pernah turun padang untuk menyelesaikan masalah khususnya masalah kaum India.

Dalam tempoh 2 bulan ini sekiranya Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang tidak menyelesaikan masalah kaum India, kami biarpun ahli-ahli PKR akan pastikan kaum India di Pulau Pinang dan negeri-negeri lain tidak akan mengundi PKR sebaliknya memberikan undi kepada BN.

Antara tuntutan yang diberikan kepada Dr Mansor Othman ialah, turun padang melawat Kampung Rawa, Kampung Bagan Serai dan Ladang Batu Kawan yang dibelenggu masalah perumahan.

Disebabkan kegagalan berjumpa dengan Dr Mansor Othman yang dikatakan selalu pergi ke luar negeri menyebabkan banyak masalah timbul. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger