DALANG PEMBAWA PENULIS BUKU ALLAH, KEBEBASAN & CINTA IRSHAD MANJI ADALAH ERZA ZAHID




Pengurus Zi Publication, Erza Zahid, iaitu anak kepada Zahid bin Ibrahim, bekas Presiden Parti KITA difahamkan mahu menyaman JAKIM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) gara-gara mengharamkan penjualannya di Malaysia.

Kini, terbongkarlah sudah gerangan siapa dan pihak mana yang cuba membawa buku tulisan Irshad Manji.

Bagi kebanyakan negara Islam lain di dunia, mereka telahpun mengharamkan penjualan buku Buku Allah, Kebebasan & Cinta tulisan Irshad Manji ini kerana dikatakan boleh memudaratkan akidah umat Islam. Justeru, tindakan KDN yang mengharamkan penjualan buku itu adalah satu langkah yang tepat.



Berikut adalah asas-asas yang boleh digunapakai bagi mengharamkan kemasukan dan penjualan buku Buku Allah, Kebebasan & Cinta di Malaysia.

Buku Allah, Kebebasan & Cinta, setelah dikaji oleh pihak berwajib di dalam negara, mengambil keputusan diharamkan.

Bagaimanapun alasan penerbit buku ini dalam edisi Bahasa Malaysia, Zi Publication, Erza Zahid, menegaskan bahawa terdapat kecenderungan buku ini mempunyai ramai peminatnya.

Mengikut beliau, "We have seen a significant segment of Malaysians who have shown their support for this book, as well as the issue of protecting the right to free speech and expression. We should be mindful that the restriction on freedom of expression must be the least restrictive means possible to protect a legitimate interest, and must be carefully tailored to effectively protect that interest".

Irshad Manji telah diarahkan oleh pihak berkuasa dan imigresen untuk meninggalkan Malaysia ini sedikit masa lalu semasa cuba mempromosi buku ini. Ini kerana percubaannya dianggap menjadi ancaman kepada keharmonian dan aqidah umat Islam dan Islam sebagai agama resmi Malaysia.

Pelbagai NGO dan parti politik termasuk PAS mengutuk kegiatan Manji dan mendesak buku ini diharamkan.

Menurut Irshad Manji, "The Malaysian government's ban of Allah, Liberty and Love is not just a disappointment; it is an insult to a new generation of Malaysians. Censorship treats citizens like children. Censorship denies human beings their free will to think for themselves"

Bagi majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam, buku ini adalah insult to Islam, tetapi bagi Irshad Manji ternyata bahawa dia lebih mengutamakan generasi baru untuk disesatkan aqidah mereka.



Adakah Ezra Zahid contoh belia yang diidamkan dan hendak dilahirkan oleh sesetengah political activist (Pembangkang) di negara ini?

Adalah sewajarnya buku Buku Allah, Kebebasan & Cinta karya Irshad Manji ini diharamkan kerana boleh meruntuhkan umat Islam di Malaysia. Kita jangan disogokkan dengan keperluan masa depan dengan menidakkan pembentukan akidah dan agama Islam yang menjadi pegangan. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger