CERAMAH MERDEKA RAKYAT ANJURAN SRIKANDI PKR SARAWAK BOHONGI RAKYAT



Hasrat rakyat Sarawak untuk melihat “wajah” Azmin Ali, karektor terkenal dalam video “Aiskrim Batang” secara dekat tidak kesampaian apabila beliau yang dijadualkan akan menyampaikan ceramah di Merdeka Rakyat di Satok malam tadi tidak dapat bersama-sama rakyat Sarawak apabila terpaksa bergegas pulang ke Kuala Lumpur.


Menurut Penasihat PKR Sarawak, Hafsah Harun, Timbalan Presiden PKR itu terpaksa pulang kerana takut di”tangkap” di Sarawak. Yang menghairankan di sini, kenapa perlu memfitnah Kerajaan Sarawak yang dikatakan mahu menangkap Azmin Ali sedangkan beliau “bebas” datang ke Sarawak dan melancarkan kenderaan PKR bagi PRU-13 di sebuah hotel di Kuching.

Malah, yang lebih jenaka lagi, Azmin Ali terpaksa pulang disebabkan politik di Semenanjung semakin pincang. Kepincangan ini disebabkan “tembakan” Perdana Menteri yang telah melancarkan serangan politik secara terus dan terang kepada Pakatan Pembangkang sebagai petanda PRU-13 kian hampir.

Apa jua tindakan Azmin Ali, rakyat Sarawak “ponek” (terlepas peluang) bagi melihat wajah mancho “Aiskrim Batang”. Bagaimanapun, rakyat Sarawak telah dapat melihat wajah pelakon Mak Lampir yang merupakan “pendatang asing” yang tidak asing lagi di Sarawak. Biarpun kecewa dengan ketidakhadiran Azmin Ali, rakyat Sarawak telah disajikan dengan isu rekaan Mak Lampir dengan memperbodohkan rakyat dengan isu NFC, isu Shafie Apdal dan isu Menteri Pembangunan Wanita. Apa pun segala tohmahan Mak Lampir itu sedikitpun tidak menggugat sokongan rakyat terhadap BN ekoran setiap isu yang dimainkannya lebih bersifat diada-adakan.  
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

June 18, 2012 at 8:48 AM

Assalam Bro

Dia takut jadi macam kes Anwar lari dari rumah panjang... Malu pasal kena tanya pasal video besi...wakakakaaa

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger