CAMPURI URUSAN DALAMAN MALAYSIA, 3 DIPLOMAT SINGAPURA HARUS DIUSIR DARI MALAYSIA



Biarpun Singapura dan Malaysia hanya dipisahkan dari Selat Teberau dan pernah bersama suatu ketika dahulu, ini tidak bermakna Singapura boleh berbuat sesuka hati terhadap Malaysia.

Singapura harus menerima hakikat bahawa “mereka” bukan lagi sebahagian dari Malaysia sebaliknya hanya hidup berjiran seperti mana negara-negara lain di Asia Tenggara.

Singapura yang terkenal dengan dasar luarnya yang menyokong Yahudi terutama Israel adalah sangat bertentangan dengan dasar Malaysia. Bagaimanapun, sebagai negara berjiran, Malaysia sangat menghormati Singapura. Begitupun, Singapura seolah-olah tidak menghormati Malaysia.

Parti pemerintah Singapura yang dikenali PAP, iaitu abang kepada DAP kompenan Pakatan Pembangkang di Malaysia. Hubungan adik beradik ini menyebabkan perangai dan tabiat mereka sama. Jadi, tidak hairanlah sangkaan ramai pihak di Malaysia sebelum ini bahawa DAP mahu menjadikan Malaysia sebagai negara sekular seperti mana yang abang mereka lakukan terhdap Singapura.

Tindakan melampau 3 orang diplomat Singapura yang turut sama terlibat dalam perhimpunan haram BERSIH 3.0 yang lepas benar-benar menghancurkan semangat setiakawan rakyat Malaysia. Perbuatan ini seolah-olah mencampuri urusan dalaman Malaysia dan mengkotori demokrasi.

Mereka ini terdiri daripada Regina Low Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg) merupakan First Secretary (Political) yang terlibat secara langsung dalam perhimpunan BERSIH 3.0 dengan memakai baju kuning BERSIH 3.0.

Kedua, Philomena Aw Li Fen (philomena@mfa.gov.sg) juga merupakan First Secretary (Political) dan Ketiga, Ariel Eunice Tan Hwi Tiang (ariel@mfa.gov.sg) Deputy High Commissioner and Counselor.

Mereka bertiga ini harus diusir keluar dari Malaysia sebagai membantah penyertaan mereka yang mencampuri urusan politik dalaman Malaysia. Jika menyokong sekalipun, mereka seharsnya tidak terlibat secara langsung. Rakyat Malaysia tahu bahawa PAP dan DAP berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai negara sekular.

Sejak dari dahulu lagi Singapura tidak mahu melihat kejayaan Malaysia disebabkan keangkuhan pemimpin PAP terhadap Kerajaan Malaysia pimpinan BN. Kejayaan ekonomi Malaysia menerusi tranformasi benar-benar membuatkan pemerintah Singapura terpaksa menggunakan campur tangan politik dalaman bagi mengekang kejayaan Malaysia. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger