AZMIN ALI PENING KEPALA BILA WAN AZIZAH TIDAK RESTU FAEKAH LETAK JAWATAN


Desakan pelbagai pihak khususnya daripada rakan dan kawan dalam PKR Selangor agar Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin meletakkan jawatan telah tidak direstui Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail. 

Sebaliknya, Wan Azizah tetap mempertahankan Faekah Husin dengan memberikan sokongan yang kuat agar terus bekerja tanpa menghiraukan desakan ahli-ahli PKR Selangor. Faekah Husin sebelum ini merupakan bekas Setiausaha Sulit kepada Wan Azizah.

Akibat daripada desakan itu, Faekah Husin telah dikatakan akan meletakkan jawatannya pada hari ini setelah tertekan dengan tohmahan dan lemparan daripada dalaman PKR Selangor.

Tegas Faekah Husin, beliau mungkin sedih dengan asakan bertubi-tubi daripada kawan dan lawan, namun ini bukan caranya untuk meminta beliau mengundur diri.

Pergolakan tercetus apabila Faekah Husin secara waras dan terang apabila isu surat sokongan yang dihantar kepada PNSB supaya mempertimbangkan permohonan sebuah firma guaman yang mempunyai kaitan dengan keluarganya untuk dipilih sebagai panel peguam bagi syraikat Kerajaan Negeri Selangor.

Sebelum ini, Azmin Ali dalam laman sosial Facebooknya telah mendesak supaya Faekah Husin dipecat ekoran daripada isu yang disifatkannya sebagai memalukan PKR. Peperangan itu diteruskan dengan kenyataan Zuraidah Kamaruddin bahawa Faekah Husin itu sebagai celupar dan tidak mengenang budi apabila melantik Azmin Ali sebagai Pengarah Pilihan Raya PKR.

Serangan itu juga dilakukan oleh ahli-ahli PKR di dalam laman sosial twitter dengan meletakkan kempen tag #pecatfaekah dan #kamisayangpkr.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger