AMK JOHOR “HARAM” DAN BABI



Percaya atau tidak, AMK Johor yang diketuai Mohd Nazri Ismail seorang Melayu dan Islam sanggup menyediakan makanan HARAM kepada rakyat Johor biarpun terdapat makanan HALAL yang disediakan penganjur. Bertemakan Jamuan Makan Malam Bersama Anwar Ibrahim, penganjur AMK Johor sanggup berdosa besar kepada rakyat kerana menyediakan makanan berunsurkan babi, katak dan ular.

Semacam “tiada” kedai makanan Melayu di Johor, AMK sanggup menyewa Restoran Cina 88 Restoran Guo Tai Sdn Bhd hanya semata-mata mahu mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim.

Berbeza bagi Anwar Ibrahim yang tidak kisah dengan bab-bab halal dan haram. Apa saja yang haram dikatakannya sebagai halal. Sebab itu, Anwar Ibrahim tidak sensitif terhadap keperluan orang Melayu Islam khususnya bab makan. Bagi pemimpin Pakatan Pembangkang itu sememangnya mempunyai niat yang baik dan halal meskipun ianya adalah HARAM.

Melihat kepada banner informasi ini, penganjur terdiri daripada orang Melayu. Bagaimanapun, mereka ini tidak segan silu dan berasa bersalah dalam menganjurkan sesuatu majli dengan menghidangkan makanan haram. Kenapakah tidak diselaraskan sahaja dengan menu yang halal berasaskan keperluan bersama?

Jika dihidangkan makanan halal, semua kaum dan agama tidak mempunyai masalah untuk makan. Tetapi, jika makanan haram, hanya melibatkan orang Cina sahaja.


Selain menu makanan, awal tahun ini rakyat Johor telah dikejutkan dengan tindakan seorang pemimpin PAS Mersing yang melawat pasar babi dan mengagih-agihkan limau kepada peniaga daging babi. Kini AMK Johor pula menganjur dan menjual meja makan malam juga melibatkan babi. Hasil jualan sudah tentu digunakan untuk aktiviti AMK Johor. Maka bergeraklah AMK Johor dengan wang jualan babi.

Inilah hasil kebebasan dan kesamarataan yang diajar oleh Anwar Ibrahim.
Share this article :
 

+ comments + 2 comments

June 28, 2012 at 4:38 PM

Mohon dipautkan blog saya di blog ini. Blog anda telah saya pautkan.

http://assassincyber.blogspot.com

TQ

June 30, 2012 at 8:27 AM

Tuan,

Blog saudara sudah saya pautkan. Terima kasih atas perhatian pihak tuan.

Selamat berjuang...

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger