ALAHAI NIK AZIZ NEKAD BERTANDING DI PARLIMEN



Jika DAP bongkak dengan mendabik dada akan menang lagi kali ini di Pulau Pinang, seterunya PAS pula yakin mempertahankan Kedah dan Kelantan disebabkan “prestasi” kedua-dua Menteri Besarnya dalam mentadbir biarpun banyak digenangi isu rakyat yang tiada kesudahannya.

DAP yang bersungguh-sungguh untuk memenangi Pulau Pinang dijangka akan melakukan banyak lagi perubahan. Ini pastinya memberikan mimpi ngeri kepada penduduk Pulau Pinang terutama penduduk Melayu dan India.

Kelantan yang telah diwarisi PAS sejak 22 tahun lepas kini berdepan dengan kuasa rakyat dalam mengekalkan pemerintahan PAS selepas PRU-13. Apa tidaknya, rakyat kini sudah berani bersuara bagi menuntut hak mereka yang selama ini dijanjikan dengan air liur sahaja.

Pernah suatu ketika jika rakyat masih ingat di mana Nik Aziz pernah mempersoalkan kedudukan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri. Dalam kenyataannya yang mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya berundur kerana dikatakan sudah tua dan nyanyuk. Tetapi, sekarang siapa yang masih memegang jawatan dalam politik?


Jika Tun Dr. Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, Nik Aziz juga akan meletak jawatan. Tapi sebagai orang politik yang totok, Nik Aziz tidak pernah mengotakan janjinya bahkan menjadi amalannya yang suka mencarut bahawa kenyataan itu dinyatakan di luar kesedarannya.

Dengan kesihatannya yang tidak stabil dan sering keluar masuk hospital, Nik Aziz masih mahu bertanding lagi. Tapi kali ini, mungkin lain macam sedikit. Berbekalkan pengalamannya yang “bijak” mentadbir Kelantan, Nik Aziz kini bercita-cita mahu bertanding di Parlimen. Agaknya, beliau mahu merasai kehangatan duduk di Dewan Rakyat.

Tujuan Nik Aziz beralih angin disebabkan desakan kuasa rakyat Kelantan yang selama ini banyak bersabar, kini sudah hilang kesabarannya. Nik Aziz juga mengakui kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan pimpinannya dalam membangunkan negeri seperti yang diharapkan pengundinya.


Ternyata, Nik Aziz kini cuba untuk melarikan kelemahannya dalam mentadbir negeri dan menyerahkan kepada seseorang yang boleh dipercayainya. Siapakah penggantinya sebagai Menteri Besar? 
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
June 28, 2012 at 4:38 AM

Memang ada tokoh jadi MEnteri Dalam Negeri..Tengok gaya pegang SEPITUL memang segak..Err..MB bagi kat anak le pulak

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger