Jika sebelum ini Azmin Ali dan Anwar Ibrahim serta Wan Azizah menyalahkan
UMNO dan BN dalam menyebarkan keratan gambar seks Azmin Ali namun pendedahan Ahli
Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin bahawa rakaman video itu
adalah kerja pemimpin kanan PKR.
Malah, Zulkifli Noordin bersedia mendedahkan identiti pihak yang merakamkan
video skandal seks membabitkan Azmin Ali yang tersebar di dalam media sosial
dan media elektronik. Dan, kini hanya menunggu masa untuk mendedahkan pihak
yang bertanggungjawab itu.
"Saya tahu siapa yang merakamkan video itu, apabila tiba masa nanti,
akan saya dedahkan."
Sehingga kini, Azmin Ali masih lagi belum membuat laporan polis mahupun
membuat sumpah laknat berkaitan video seks itu. Sebaliknya hanya menafikan
menerusi kenyataan akhbar.







