SARAWAK TARIK DIRI DARI LIGA SUPER MALAYSIA!




Keputusan FAM mengenakan denda RM80,000 dan memaksa Sarawak bermain dengan stadium kosong tanpa penyokong sebanyak 4 perlawanan seolah-olah menghina rakyat Sarawak kononnya rakyat Sarawak ganas.

Penghinaan ini suatu yang tidak boleh diterima rakyat Sarawak yang selama ini memberikan sokongan penuh terhadap liga domestik negara biarpun tiada seorangpun pemain Sarawak dalam pasukan Harimau Malaya.

Pernah suatu ketika pada era kegemilangan Ngap Sayot apabila jurulatihnya Awang Mahyan mengancam mahu menarik diri daripada menyertai Liga Semi-Pro ekoran tindakan kurang bijak FAM yang ternyata memihak kepada pasukan Semenanjung. Dan, kini ia berulang kembali dengan tindakan kurang bijak daripada FAM yang membuat keputusan itu berlandaskan membalas dendam.

Kini, tiba masanya FAS mengkaji sedalam-dalamnya tindakan drastik untuk menarik diri daripada bermain dalam Liga Super. Jika ini berlaku, Sarawak boleh terlibat secara terus dalam Liga Borneo yang melibatkan Sabah, Brunei, Kalimantan Barat (Kalbar), Kalimantan Timur (Kaltim) dan Labuan.

Melihat keadaan sekarang yang nampaknya tidak dipedulikan FAM, adalah lebih baik FAS dan Sarawak menarik diri daripada dipermainkan oleh mereka (FAM) yang tidak menghormati kita.


Menurut Timbalan Presiden FAS, Mohamad Abu Bakar Marzuki, FAS akan merayu keputusan itu kepada FAM untuk meringankan hukuman yang dianggap keterlaluan.

Sepatutnya FAS diberi peluang untuk mempertahankan diri dan bukannya terus dihukum. Dengan hukuman yang terlalu tinggi dan bermain tanpa penyokong adalah suatu yang dianggap keterlaluan dan bias.

Jika FAM masih berdegil dengan keputusannya, Sarawak akan bermain di stadium tanpa kehadiran penonton ketika menentang Sabah (12 Mei), Selangor (16 Jun), Perak (23 Jun) dan Johor FC (30 Jun). Ini pastinya menyebabkan FAS terus kerugian kerana kehilangan pendapatan menerusi kutpan tiket. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger