#Srwkamek Setelah berlaku 2 kejadian memalukan di hadapan rumah S.Ambiga dalam tempoh
sebulan dan tindakan penjaja-penjaja Jalan Tunku Abdul Rahman yang mahu membuka
pasar malam di hadapan rumahnya, akhirnya S.Ambiga secara terbuka memohon maaf
kepada rakyat Malaysia.
Ini berikutan desakan kira-kira 600 orang yang mewakili dua badan bukan
kerajaan (NGO) yang berhimpun berhampiran rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk
S Ambiga di sini, petang semalam.
Kejadian Perhimpunan BERSIH 2.0 pada Julai 2011 dan BERSIH 3.0 pada 28
April lepas telah menyebabkan kerugian besar yang dialami peniaga dengan
memaksa mereka menutup perniagaan bagi mengelak kemusnahan yang berlaku ke atas
bahan jualan mereka.
Kedua-dua kumpulan itu mewakili BERSIH 4.0 dan HALAU 1.0 berarak di
sepanjang Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara, bermula jam 4.00 petang menuju
ke kediaman bekas Presiden Majlis Peguam itu untuk menyerahkan nota tuntutan
mereka.
Biarpun hasrat mereka mahu mengadakan pasar malam di hadapan rumah S.Ambiga
dihalang polis dan DBKL dan sebelum ini mereka (polis) dikecam hebat oleh
S.Ambiga dan BERSIH akhirnya mereka terpaksa mengalah.
Begitupun memorendum berkaitan tuntutan mereka tetap diserahkan bagi
kepentingan kesemua peniaga Jalan Tunku Abdul Rahman yang mengalami kerugian.
Penganjur BERSIH 4.0 yang juga Pengerusi Majlis Bertindak Peniaga-Peniaga
dan Penduduk Warga Kota (MBPPWK), Datuk Jamal Md Yunus, berkata nota tuntutan
adalah untuk mendesak Ambiga memohon maaf secara terbuka, selain membayar
kerugian dialami mereka.
“Kami mewakili 60 peniaga yang sudah membida tapak untuk membuka gerai di
hadapan rumah Ambiga sebulat suara membatalkan hasrat itu demi menghormati
undang-undang, namun mendesak agar beliau membayar ganti rugi dialami peniaga.
Sekarang ini, kami akan mengadakan perbincangan dengan lebih 100 peguam
bagi memfailkan saman terhadap BERSIH dan Ambiga yang masih membisu terhadap
tuntutan kami,” katanya selepas menyerahkan tuntutan itu kepada Pengerusi
Bersama BERSIH, Datuk A Samad Said.







