Friday, May 11, 2012





Atas sebab kerugian yang dialaminya semasa BERSIH 3.0, sekumpulan peniaga Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) telah membuka dan berniaga burger di hadapan rumah Pengerusi BERSIH, S. Ambiga di Damansara.

Malah, peniaga IKHLAS mahu memanggil lebih ramai penjaja kecil membuka gerai di sekitar kawasan kediaman S. Ambiga jika sekiranya tiada respons positif mengenai tuntutan ganti rugi peniaga di sekitar kawasan terjejas akibat perhimpunan BERSIH 28 April lalu.

Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah memberi tempoh 2 minggu untuk S. Ambiga memberikan respons berhubung ganti rugi yang berjumlah lebih RM200,000 yang diterima menerusi 200 aduan daripada penjaja kecil di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada hari itu.

“Kami mahu S. Ambiga bertanggungjawab di atas segala kerugian yang terpaksa ditanggung oleh para  penjaja kecil akibat perhimpunan berkenaan dan gerai burger yang dibuka  di hadapan rumah beliau pada hari ini adalah simbolik kepada ketidakpuasan hati penjaja terhadap apa yang berlaku pada hari perhimpunan itu,”



S. Ambiga juga masih perlu menjelaskan ‘hutang’ berjumlah RM817,205 kerugian peniaga dan penjaja di kawasan yang sama ketika penganjuran BERSIH 2.0.

Dianggarkan seramai 20 orang termasuk dari Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman berkumpul dan membuka gerai burger selama satu jam bermula jam 2 petang. Ekoran kejadian itu, rumah S.Ambiga telah dikawal ketat oleh tiga orang pengawal peribadi sejak jam 1.30 petang.

Kehadiran peniaga itu di hadapan rumah S. Ambiga telah dicemari dengan insiden provokasi apabila salah seorang penyokong Ambiga menjerit ‘penyangak’ ke arah peserta protes menyebabkan suasana tegang apabila Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan cuba  menafikan tuduhan itu dan berlaku pertikaman lidah.

Atas sebab berasa dirinya diancam, S.Ambiga yang berada di rumahnya mengadakan sidang media sejurus selepas itu kesal dengan tindakan pihak terbabit mengadakan protes di hadapan rumahnya.



Seperti mahu menyalahkan kerajaan atas insiden itu, S. Ambiga telah menyerahkan kepada rakyat Malaysia untuk menilai sendiri tindakan yang dilakukan oleh mereka yang datang ke kediaman dan mengganggu privasi dirinya serta seluruh kawasan kejiranan ini, tentang hal ini biarlah pemimpin negara yang ulas.

Dengan rasa angkuh dan sombong, S. Ambiga menjelaskan beliau tidak akan bayar ganti rugi itu sekarang, mereka (peniaga) boleh failkan semua tuntutan ganti rugi  itu di mahkamah, jika pihak mahkamah arahkan bayar ganti rugi barulah dibayar.

Yang menjadi hairan dan ajaibnya, S. Ambiga menyatakan beliau telah membuat laporan polis juga akan dibuat berhubung tindakan protes yang dilakukan di hadapan rumahnya.

Mahukah polis menambil siasatan ini setelah melihat apa yang telah S. Ambiga lakukan terhadap polis pada BERSIH 3.0???
Categories:

2 comments:

  1. hahahaha....cari polis apsal ? ko yg terbalikan keta polis ko cari polis lakk....isshh ! heran lah aku rakyat malaysia yg sokong bersih...begitu ramai melayu tunduk pada minachi ni sorang !! luuu pikiaq lah sendriii !

    ReplyDelete
  2. ooops..nanti jangan cepat melatah...aku garenti pehak2 berwajib nie akan membantu puak2 minoriti nie.Apa saja tuntutan mereka akan dilayan...kita yang majoriti dan menghormati Undang2 juga yang akan terpinggir.Fikir2kan lah.Sikit demi sikit tanpa kita sedari tuntutan hamlau2 nie diberikan oleh pemimpin...Samada kita nampak atau tidak yang pasti KEALPAAN kita yang menyokong kerajaan,telah membenarkan segala nya berjalan tanpa halangan..sekadar berTEMPIK sahaja.i.e..semakin banyak nilai2 yang merosakkan budaya bangsa dan agama dibiarkan bebas..meLIBERASASIkan NEGARA.

    It's happening bro... fikir2kan lah

    ReplyDelete

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!