Melihat kepada apa yang berlaku pada 28 April 2012 lepas, ternyata objektif
BERSIH sebagai sebuah badan bukan kerajaan (NGO) adalah gagal. Ini kerana tidak
relevan untuk BERSIH membuat perhimpunan kerana matlamat sebenarnya adalah
untuk politik.
Adalah disarankan agar BERSIH itu dijadikan sebuah parti politik dan
jadikan S.Ambiga menjadi Presiden parti seperti Wan Azizah dan Lim Kit Siang.
Juga, bertanding dalam PRU-13 akan datang dan jika dipilih rakyat boleh
berdebat di dalam Dewan Rakyat.
Ternyata keputusan SPR menambahbaikan sistem pilihan raya dengan mengambil
kelulusan PSC juga dianggap suatu yang masih tidak memuaskan hati BERSIH
sedangkan ada beberapa tuntutan BERSIH sebelum ini telah diluluskan.
Jika beberapa tuntutan BERSIH 2.0 telah diluluskan mengapa S. Ambiga masih
juga dengan perangainya mahu mengadakan BERSIH 3.0 kecuali dengan ada agenda
jahatnya.







