Jika sebelum ini dalam tempoh sebulan, Anwar Ibrahim telah melakukan
lawatan sebanyak 2 kali di Sarawak dan kesemua program yang dihadiri Anwar
Ibrahim itu langsung tiada sebarang insiden provokasi. Berbeza dengan program
BN, Pidato Perdana Bersama YB Mohd Ezam bin Mohd Nor yang julung kalinya
diadakan di Sarawak pada malam tadi telah mendapat provokasi melampau dan
pengecut.
Kehangatan kandungan ucapan YB Mohd Ezam semalam benar-benar telah menyebabkan
telinga penyokong tegar Anwar Ibrahim yang diketuai bekas calon DUN Asajaya
dalam Pilihan Raya Negeri DUN Sarawak Ke-10, Arip Ameran pedas dan bernanah
akibat pendedahan demi pendedahan yang melampau. Akibatnya, Arip Ameran tidak
dapat mengawal tingkah lakunya sebagai seorang peguam syariah apabila berteriak
semacam terkena penyakit histeria dan melompak-lompat seperti beruk peliharaan
S.Ambiga.
Akibat tidak dapat menerima kenyataan itu, perbuatan Arip Ameran dan
kumpulannya telah menimbulkan kekecohan sehingga campurtangan polis. Biarpun insiden
itu berjaya ditangani dengan baik oleh pihak polis namun provokasi yang
dilakukan penyokong tegar Anwar Ibrahim itu telah menganggu majlis.
Melihat kepada situasi malam tadi, perbuatan provokasi itu sememangnya telah
diketahui lebih awal kerana budaya itu telah dipraktikan dalam PKR. Jika budaya
itu menjadi kelaziman dalam PKR apatah lagi jika Pakatan Pembangkang memerintah.
Pasti kucar-kacir Malaysia dibuatnya.








