PENGANJUR BERSIH BERTANGGUNGJAWAB JIKA ARAB SAUDI LARANG JEMAAH HAJI DARI MALAYSIA



Kerajaan Arab Saudi kini sedang menyiasat dan menjejaki mereka yang terlibat dalam membentangkan poster BERSIH 3.0 di Masjidil Haram. Tindakan mengheret rumah ibadah Allah swt itu ke dalam politik Malaysia dianggap mencemarkan kesucian agama Islam.

Jika kerajaan Arab Saudi mengambil tindakan tegas ke atas perbuatan itu maka Kerajaan Malaysia akan terpalit sama dan implikasinya sangat besar khususnya dalam mengharamkan jemaah haji ke Tanah Suci Mekah.

Sejarah sebelum ini pernah menyaksikan Kerajaan Arab Saudi menyekat dan membatalkan kehadiran jemaah daripada sebuah negara Islam selama 3 tahun disebabkan mengheret Kota Mekah dalam perbalahan politik mereka. Dan, ini tidak mustahil jika ia dikenakan ke atas Malaysia ekoran perbuatan sekumpulan rakyat Malaysia yang mempergunakan Masjidil Haram sebagai sokongan mereka terhadap perhimpunan BERSIH 3.0.

Pihak berkuasa Arab Saudi cukup tegas dengan sebarang demonstrasi haram dan dikhuatiri tindakan sama turut dikenakan ke atas Malaysia.

Sebelum ini telah tersebar gambar yang dikeluarkan melalui YouTube dan laman sosial facebook. Adalah mustahil Kerajaan Arab Saudi akan mendiamkan diri. Ini kerana risikan tentera mereka cekap kerana sering berdepan situasi sedemikian yang membabitkan negara luar.

Difahamkan, pihak berkuasa Arab Saudi kini menjalankan siasatan terhadap penganjuran perhimpunan itu di Makkah dan Madinah pada 28 April lalu. 

Justeru, penganjur perhimpunan itu perlu bertanggungjawab dan berisiko membayar harga yang 'mahal' sekiranya jemaah dari negara ini dilarang mengerjakan ibadat haji dan umrah untuk tempoh tertentu.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 7, 2012 at 2:25 PM

celaka semua yang menyertai..memang aku sumpah.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger