PEMBANGKANG HANYA PERALATKAN KAUM PENAN DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA




#Srwkamek Hanya demi kepentingan dan populariti politik, pembangkang Sarawak sanggup mempergunakan beberapa orang Penan dari Baram, Miri untuk datang ke DUN Sarawak.

Tindakan pembangkang yang diketuai See Chee How dan dibantu Baru Bian mengheret sekumpulan masyarakat Penan ke DUN Sarawak semalam bagaikan bahan jajahan mereka. Bagi masyarakat Penan pula yang tidak tahu menahu dan hanya mengikut saja seperti lembu dicucuk hidung berasa terseksa dengan perlakuan ini. Apakan daya mereka ini semua telah dijanjikan bulan dan bintang asalkan kemahuan pembangkang dapat dipenuhi.

ADUN Telang Usan, Dennis Ngau berasa kesal dan kecewa di atas perbuatan yang dilakukan pembangkang ini seolah-olah kaum Penan tidak mempunyai harga diri. Perbuatan pembangkang ini hanya mahu menimbulkan isu yang berbaur kebencian pada kerajaan di mata rakyat. pada hakikatnya, rakyat pula hanya disogokkan dengan drama dan lakonan pembangkang asalkan misi dan visi mereka berjaya.

"Saya ingin mengingati serta menasihati rakan-rakan masyarakat Penan supaya tidak akan mudah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang penuh pembohongan sehingga sanggup dipergunakan atau dimanipulasikan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab hanya untuk kepentingan mereka perbatuan politik atau populariti mereka.

"Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah, sila gunakan saluran yang betul iaitu menerusi BN - kerajaan yang memerintah dan usah mengadu kepada pembangkang kerana mereka tidak ikhlas membantu anda sebaliknya akan memanipulasikan masalah anda menjadi isu untuk mereka jaja.

"Walaupun pada hakikatnya mereka tidak dapat berbuat apa-apa tetapi mereka sebaliknya mungkin menjanjikan mereka bisa membantu anda  namun mereka hanya ingin mempergunakan anda selama yang boleh demi kepentingan politik mereka.

"Sila ikut sahaja program pembangunan yang telah dirancangkan oleh pihak kerajaan, khususnya masyarakat Penan di Baram.

Seperti masyarakat lain di Sarawak, kaum Penan berhak untuk menikmati pembangunan dan kemudahan asas. Justeru, mengapa terdapat sesetengah pihak bagaikan menghalang hak mereka ini seolah berniat mahu kaum Penan dibiarkan dan diasingkan?

Apakah tujuan mereka ini? Adakah hanya untuk "mencipta" alasan untuk di bangkit kepada kerajaan? Namun tindakan mereka nyata menunjukkan mereka yang sebenarnya "menindas" kaum Penan."

Menurut Dennis Ngau lagi, semua masyarakat Penan adalah kaum yang baik. Saya percaya tindakan hari ini di DUN bukanlah disebabkan keinginan mereka sendiri tetapi kemungkinan besar telah dihasut dan "di set-up" serta dirancang oleh pembangkang.

Mengenai dakwaan-dakwaan yang dibuat oleh kumpulan Penan bahawa keperluan atau isu yang mereka tidak dilayan oleh wakil Undangan Negeri atau mana-mana pihak BN, Dennis berkata bahawa dia tidak pernah didatangi oleh mana-mana kumpulan mengenai hal ini.

"Saya amat terganggu dengan taktik pembangkang menggunakan kaum Penan untuk menimbulkan isu dan saya merasa yakin bahawa mereka (pembangkang) sebenarnya mempunyai niat atau tujuan lain  untuk membuat propaganda agar rakyat benci terhadap kerajaan.



"Saya sentiasa terbuka untuk mendengar segala masaalah bukan sahaja Penan tetapi kaum-kaum lain juga, terutamanya mereka yang di kawasan saya," katanya dan menggesa masyarakat Penan untuk mendekati beliau sekiranya mereka sebarang masalah atau isu dari memilih untuk pergi kepada pembangkang yang hanya akan mengambil kesempatan mempolitikkan perkara untuk kelebihan mereka mengutuk kerajaan.

Kumpulan masyarakat Penan tersebut seolah-olah telah dirancang tiba di DUN sewaktu rehat makan tengahari oleh pembangkang dan membuat sidang akkbar mengenai beberapa tuntutan mereka yang telah mendakwa kononnya telah diabaikan oleh Dennis dan Kerajaan BN.

Riak wajah jurucakap bagi kumpulan Penan yang mengenal diri Sia Andum bagaikan tidak dapat menahan perasaan gusar dan gementar seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena bagaikan dia berbuat demikian dalam keadaan dipaksa.

Walaupun beliau membaca sekeping kertas ketika membentangkan isu-isu kaum Penan di Baram dengan menggunakan projektor yang di pancarkan ke dinding bilik media beliau sering menoleh ke arah ADUN Bukit Assek Wong Ho Leng (DAP) lebih-lebih lagi setiap kali sebelum menjawab pertanyaan pihak wartawan.

Sia  bagaikan meminta bantuan dari Ho Leng untuk menjawab sehinggakan Ho Leng yang mungkin menyedari "eye-contact" mereka disedari oleh beberapa orang wartawan berdekatan, mengeluarkan kata-kata, "Tanya dengan dia (Sia), biar dia jawab dengan sendiri."



Bukan memandang rendah kepada kaum Penan namun timbul tanda tanya di kalangan para wartawan bagaimana mereka dapat sampai ke DUN di Kuching dari tempat mereka yang mengambil masa selama beberapa hari untuk sampai di bandaraya ini sekiranya tidak ada sedikit-sebanyak "pertolongan" dari orang lain.

ADUN Batu Lintang See Chee Hua (PKR) menegaskan segala kos-kos perjalanan, penginapan dan pakaian-pakaian (hampir keseluruhan anggota kumpulan itu memakai pakaian, serta kasut yang serba baru) dibiayai pembangkang.

Kecurigaan kami terjawab apabila See dengan "gentlemannya" kemudiannya mengakui "presentation" slide show itu telah disediakan oleh pihak pembangkang.

Beberapa orang rakan saya juga bersependapat dan percaya tindakan beberapa wakil pembangkang yang menghantar kumpulan masyarakat Penan tersebut hingga ke pintu kenderaan mereka adalah untuk mengelakkan mereka ditemuranah sesiapa.

Kredit kepada UnReportedNews™® 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger