PASAL NEGARA ISLAM KARPAL SINGH TEMPLAK HARUN TAIB




#srwkamek Disebabkan kenyataan yang mengelirukan, Karpal Singh telah menemplak kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai berhubung agenda pembangkang.

Sambil menambah, Harun tidak wajar membuat teguran berkenaan pelaksanaan hukum hudud dan agenda penubuhan negara Islam kerana ia langsung tidak pernah dibincangkan pada mesyuarat pimpinan tertinggi pembangkang.

Justeru, kenyataan Harun Taib itu bersikap mementingkan dir sendiri tanpa merujuk kepada kompenan lain seperti DAP dan PKR yang turut sama dalam Pakatan Pembangkang.

Menurut Karpal Singh, kenyataannya ini adalah mewakili DAP selaku Pengerusi DAP Kebangsaan dan sudah tentu apa yang diucapkan saya mewakili parti dan kerjasama dengan DAP turut bermaksud bekerjasama dengan saya.

Sebelum ini, Harun Taib menegur DAP dan Karpal Singh supaya tidak terlalu tamak kuasa dalam memutuskan sebarang isu yang membabitkan pembangkang, sebaliknya perlu menghormati pendirian PAS untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Untuk isu ini, Hadi Awang tidak berhak bercakap mewakili pakatan pembangkang mengenai hukum hudud jika pembangkang memerintah negara.
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger