#Srwkamek Dalam usia sebegini semoleknya Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz
Nik Mat duduk jaga cucu, jaga bini dan berehat di rumah sambil setiap waktu
datanglah ke masjid yang berdekatan. Usahlah lagi berkarier dalam politik yang
mana setiap hari asyik-asyik menyalahkan orang lain dan menabur fitnah.
Terbaru, Nik Aziz gagal dan tidak tahun membezakan antara pandangan seorang
pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti
Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.
Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu
memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru
apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik. Ini ekoran
kenyataan Nik Aziz yang tidak dapat membezakan pandangan mufti dan ahli
politik.
Nik Aziz menempelak pandangan Harussani terhadap PAS dengan menganggap kenyataan
Mufti Perak bahawa PAS sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam
sebagai pandangan lapuk seorang mufti.
Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati.
Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan
Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka
kebarangkalian mudah tersasar.
Jika seseorang itu tidak mampu berjuang seorang diri, dia akan mencari
rakan Islam yang lain tetapi bukan rakan yang bukan Islam seperti yang
dilakukan PAS sekarang yang berkawan dengan kafir DAP dan Yahudi PKR.









jangan mangaibkan ajaran islam !!
BalasPadam