Belum lagi menang PRU-13, Pakatan Pembangkang kini telah bertikam lidah
sesama sendiri berkenaan siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri. Jika sebelum
ini kedudukan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri amat stabil dan
kukuh, tetapi selepas kenyataan peguam liwat Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi
DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu dan Islam menjadi pilihan sebagai
Perdana Menteri.
Tercetusnya kenyataan Karpal Singh itu telah mengoncangkan kedudukan Anwar
Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sehingga berlaku pergolakan dalam Pakatan
Pembangkang.
Jika sebelum ini pemimpin DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang berdolak
dalih pasal kenyataannya itu bagi memujuk kembali pemimpin PKR dan PAS yang
mahukan Perdana Menteri daripada kalangan Melayu dan Islam. Ini supaya hubungan
mereka tidak tegang menjelang PRU-13 akan datang ini.
Karpal Singh yang dalam kenyataannya sebelum ini mahu melihat seorang bukan
Melayu dan Islam menjadi Perdana Menteri sebelum beliau mati. Calon yang sesuai
mengisi jawatan Perdana Menteri adalah Lim Guan Eng.
Bagi Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyatakan beliau tidak kisah siapa
yang menjadi Perdana Menteri termasuklah mereka yang bukan Melayu.
Manakala, pandangan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang menyifatkan kenyataan
Karpal Singh itu adalah bersifat peribadi dan bukan parti.
Berbeza pula dengan Dewan Pemuda PAS yang diketuai Nik Abduh Nik Aziz dan disokong
yang sebulat suara Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib yang mahu calon Perdana
Menteri hendaklah terdiri daripada orang Melayu dan Islam seperti yang
diamalkan kerajaan BN ketika ini.
Tegas Harun Taib, Pemuda PAS akan menentang sebarang usaha untuk
melonjakkan dalam kalangan bukan Melayu dan bukan Islam menerajui negara ini.







