#Srwkamek Berikutan ramai di kalangan rakyat terutama ahli-ahli UMNO yang meragui
muzakarah PAS dan UMNO, Nik Aziz telah menjelaskan bahawa muzakarah ini boleh
diumpama sebagai suatu perkahwinan.
Pelawaan Nik Aziz untuk PAS dan UMNO bermuzakarah adalah baik dan disambut
dengan gembira oleh orang Melayu sama ada PAS mahupun UMNO. Bagaimanapun,
tindakan Nik Aziz mengenakan 2 syarat untuk muzakarah itu terhasil adalah suatu
yang tidak logik dan semacam tidak ikhlas.
Berikutan itu, Nik Aziz menjelaskan muzakarah PAS dan UMNO ini umpama suatu
perkahwinan. Ini kerana dalam perkahwinan pun perlu ada syarat-syaratnya.
Jawapan Nik Aziz ini seumpama mahu menyindir UMNO yang menemplak Nik Aziz
dengan syarat-syarat yang dikenakan itu tidak masuk akal.
Nik Aziz juga menemplak kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang menegaskan
jika mahu bermuzakarah tidak perlu syarat.
Menurut Nik Aziz "siapa kata tak ada syarat, dia tak tahu pun. Memang
ada syarat, macam mana kerjasama tidak ada syarat."
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan, setiap perkara yang dilakukan
dalam Islam adalah ikhlas dan yang tidak ikhlas itu munafik.
Persoalan di sini, jika ikhlas kenapa perlu bersyarat???








Macamlah Nik Aziz ni ikhlas seratus peratus. Kalau ikhlas mengapa letak syarat. Ini semua gimik dia. Syarat yg diberi tak masuk akal. Bila umno tak setuju dia akan kata umno tolak muzakarah. Dulu siapa yg tolak kerajaan perpaduan. Nak dekat PRUI3 dia berlakon dgn skrip yg ditulis DAP. Umno tak perlu pada PAS.
BalasPadam