MAJLIS PEGUAM SIAPKAN LAPORAN BERSIH 3.0 HANYA 4 HARI!




Perhimpunan BERSIH 3.0 yang telah diadakan pada 28 April 2012 yang lalu mencatat satu detik hitam dalam sejarah negara. Tahniah kepada S. Ambiga dan Anwar Ibrahim kerana telah memahat nama dengan mencatatkan satu lagi sejarah hitam negara. Catatan hitam negara telah memperlihatkan bagaimana Pakatan Pembangkang mahu menghancurkan negara yang selama ini gemilang berada di bawah pentadbiran BN.

Ketika polis sedang menjalankan siasatan berhubung perhimpunan BERSIH 3.0 yang mana telah membabitkan kecederaan dan kematian anggotanya. Majlis Peguam yang dinaungi Pakatan Pembangkang telahpun menyiapkan laporannya berhubung perhimpunan BERSIH 3.0. Hasil laporan Majlis Peguam yang seperti diduga menyalahkan polis sepenuhnya dalam kejadian itu. Difahamkan Majlis Peguam merupakan sayap kepada Pakatan Pembangkang.

Mengimbas kembali kejadian hitam itu, atas arahan telunjuk tangan Anwar Ibrahim yang mengarahkan perusuh-perusuh BERSIH 3.0 itu merempuh sekatan polis. Dalam keadaan bersiap sedia menunggu arahan, perusuh-perusuh itu telah merempuh sekatan polis hingga mengakibatkan kecederaan beberapa anggota polis dan kemudahan awam.

Ternyata, perusuh-perusuh BERSIH 3.0 mempunyai niat jahat iaitu mencetuskan rusuhan besar-besaran bagi memulakan revolusi Dataran Tahrir versi Malaysia.



Pekikan REVOLUSI kedengaran dalam himpunan BERSIH 3.0 terutama yang 'berkampung' di Jalan Tunku Abdul Rahman berselang-seli dengan REFORMASI dan JATUHKAN UMNO. Malah ucapan berapi-api Azmin Ali serta Anwar Ibrahim yang meminta Najib Abdul Razak melepaskan jawatan Perdana Menteri, sudah cukup untuk menunjukkan BERSIH 3.0 sebenarnya tidak lebih daripada instrumen pihak yang sudah tidak sabar-sabar untuk naik berkuasa tanpa melalui pilihanraya kerana mereka tahu, majoriti rakyat Malaysia menolak mereka dalam pilihan raya.

Sepanjang BERSIH 3.0, ramai ahli Majlis Peguam terlibat. Sama ada yang berpakaian awam mahupun yang berpakaian hitam putih di tengah panas terik! Tidak kurang juga ada yang terlibat sekali dalam merempuh sekatan polis.

Jika tidak kerana perikemanusiaan, polis Malaysia pastinya boleh bertindak balas berdasarkan undang-undang. Sedar bahawa polis Malaysia bukanlah Polis Singapura atau Polis Thailand yang akan bertindak balas menerusi undang-undang, Majlis Peguam sentiasa menjadikan PDRM sebagai sasaran mereka.

Ternyata dalam hal ini, Majlis Peguam bukanlah menegakkan keadilan berdasarkan undang-undang, tetapi cubaan mahu menghancurkan negara dengan tidak menghiraukan undang-undang. Kini, imej dan kreadibiliti Majlis Peguam sudah jatuh teruk.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 3, 2012 at 1:05 PM

Citer banyak2 tak guna dengan manusia2 bebal dari golongan Majlis Pelacuran Undang2 nie...Soalannya kepada BC..Dataran Merdeka DECLARED OUTOF BOUND during the protest.Well Intruder shall be prosecuted....takkan kita kejar perompak pecah rumah sampai tahap pintu pagar je..kemudian bebaskan dia berlari dan menari ..tanpa boleh berbuat sesuatu.Akai ada ke diorang nie.Mungkin ada benarnya juga kata2 orang bahawa Profesyen Guaman..sama macam sebelah kaki dalam Neraka.

Rasanya tak semua PEGUAM berpendapat dengan Ketua BC ni yang lebih condong dengan Perusoh dan Pembangkang..

Apa pun tindakan mereka tidak PROFESYIONAL.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger