Biarpun dipandang sebagai penderhaka, Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz
Tunku Ibrahim sedikitpun tidak merungut kerana berpendapat parti itu tidak
dapat ditegur. Ini kerana tindakannya menentang perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28
April lalu telah melanggar prinsip sokongan Pakatan Pembangkang yang menyokong
dan menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka.
"Ya, ia (tidak dilantik semula) benar. Saya buat kenyataan tentang
Bersih, bukan saya tidak setuju dengan Bersih kerana kita nak pilihan raya yang
adil. Siapa yang tidak setuju dengan itu. Cuma yang saya tak setuju kalau kita
melanggar undang-undang.
"Tetapi, mungkin dalam fikiran parti, saya dah buat salah besar. Jadi
mereka merasakan susah saya nak dilantik semula. Kalau begitu, saya katakan
kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng biar saya undur diri.
Baru-baru ini, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim secara terbuka menentang penganjuran
perhimpunan haram BERSIH 3.0 berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap
penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi
berakhir dengan keganasan.







