FAM SAMA SEPERTI ‘PEMBANGKANG’ DI SARAWAK





Jika dalam politik PKR, DAP dan PAS merupakan Pembangkang di Sarawak. Biarpun ancaman mereka berlandaskan sentimen perkauman dan isu remeh temeh namun ia tidak menjejaskan sokongan rakyat ke atas Kerajaan BN di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tetapi, dalam sukan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) diibaratkan sebagai Pembangkang di Sarawak. Keputusan FAM mengenakan denda RM80,000 dan memaksa Sarawak bermain dengan stadium kosong tanpa penyokong sebanyak 4 perlawanan. Keputusan ini telah mendera rakyat Sarawak yang selama ini mula membanjiri stadium ekoran prestasi yang memberangsangkan yang ditunjukkan pasukan Bujang Senang.

Ramai di kalangan peminat menganggap keputusan FAM mengenakan hukuman sedemikian rupa tidak membawa sebarang kebaikan kepada sukan bola sepak negara.


Apakah Jawatankuasa Disiplin FAM melihat rakaman insiden kekecohan yang ditimbulkan penonton itu secara menyeluruh atau hanya mendengar sebelah pihak sahaja?

Untuk pengetahuan FAM, pesalah yang cuba menimbulkan kekacauan di Stadium Negeri selepas perlawanan telahpun didakwa di mahkamah. Tindakan cepat polis dan kerjasama pengurusan FAS telah berjaya memberkas pelaku tersebut. Biarpun FAS cuba sedaya upaya menanganinya namun keprihatinan FAS langsung tidak dipedulikan FAM.

Keputusan FAM itu sangat kejam bagi peminat bola sepak di Sarawak yang mahu melihat aksi-aksi pasukan kesayangan mereka. Malah, keputusan itu tidak langsung membawa kepada kebaikan dan mengikis sikap dan sifat intergrasi antara Semenanjung dan Sarawak.

Jika Perdana Menteri setiap ceruk rantau membawa mesej 1Malaysia, Rakyat Didahulukan bagi mengerat dan mengekalkan perpaduan sebaliknya FAM secara langsung menghakis serta menghapuskan Gagasan 1Malaysia.

Seharusnya Kementerian Belia dan Sukan memantau perkara ini agar ia tidak menjejaskan intergrasi nasional dengan melibatkan Sarawak dan Sabah dengan Semenanjung.
Share this article :
 

+ comments + 4 comments

Anonymous
May 4, 2012 at 7:47 PM

Setuju menar, bukan mbawa kemajuan, meruntuhkan ada laa..
4 game stadium kosong, FAS apt apa?
Nyunsong ada laa... FAM tidak melihat implikasi kpd masyarak keseluruhan.... jualan tiket, peniaga/penjual yg tdiri drp golongan bawahan, menghakis minat, n paling terok duit FAS terebang.... NO ECONOMICS SENSE, pp lagi komen sen!!!!

Anonymous
May 4, 2012 at 8:32 PM

FAS keluar saja dari gabungan FAM. Rakyat Sarawak tak menderita pun kalau keluar. Yang rugi adalah FAM...

Anonymous
May 4, 2012 at 8:48 PM

Saya bukan orang Sarawak, org Semenanjung..tp saya sokong 100% sentimen org Sarawak. Tindakan FAM memaksa Sarawak main di stadium kosong adalah tindakan paling bodoh! Dahlah didenda RM80,000, tu pun dah dikira berat, tambah pula dipaksa main di stadium kosong, 4 perlawanan pulak tu. Sarawak patut boikot FAM, keluar saja dari FAM! Saya pun kekadang meluat dgn FAM ni, tu lah bahana kalau kepimpinannya tak berubah atau tak boleh diubah....

Anonymous
May 5, 2012 at 2:59 PM

kalau udah raja-raja yg mentadbir FAM...memang tak leh tegur..berundur la mat raja kapor oii...dalam dunia ni engko sorang je yg pegang jawatan presiden seumur hidup FAM..maknanya selagi tak mati, selagi tu jadi FAM..ingat jawatan ni macam jawatan kesultanan korang ke haa...dah mati baru boleh ganti, tu pun anak beranak yang ganti.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger