#srwkamek Ketika EGM Badan Peguam Malaysia telah meluluskan 12 resolusi bagi membidas
kerajaan dan polis berhubung perhimpunan BERSIH 3.0, ramai yang mempertikaikan
ketelusan dan perjalanan EGM Badan Peguam Malaysia itu.
Jika dahulu sebut sahaja peguam pasti ramai yang berasa hormat terhadap
profesion itu, tetapi kini tidak lagi apabila kebanyakan peguam di Malaysia
telah diperalatkan pembangkang untuk kepentingan politik. Jadi, tidak hairanlah
imej Majlis Peguam Malaysia kini berada ditahap rendah.
Proses pengundian bagi meluluskan resolusi berkenaan didakwa dibuat secara
tidak profesional dengan dicemari peguam Pelatih Dalam Kamar, iaitu graduan
jurusan undang-undang yang sedang menjalani latihan praktikal untuk menjadi peguam.
Untuk itu, satu permohonan deklarasi EGM berkenaan tidak sah dan terbatal
akan difailkan di Mahkamah Tinggi.
Difahamkan dalam pengundian itu, seramai 939 ahli Badan Peguam Malaysia
bersetuju dengan resolusi itu manakala 16 sebaliknya. Bagaimanapun, pengundian
itu tidak sah dan dilihat melanggar peraturan EGM yang mana turut diundi
Pelatih Dalam Kamar yang tidak mempunyai hak untuk berbuat demikian.
Mendedahkan kepincangan Majlis Peguam mengendalikan EGM berkenaan, ahli
Badan Peguam Malaysia, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, iaitu peguam bela dan
peguam cara firma guaman Tetuan Azam Aziz & Co, di Sentul, di sini,
mendakwa ketika menghadiri EGM itu, beliau meminta penganjur memastikan jumlah
sebenar ahli badan berkenaan yang layak mengundi, tidak termasuk Pelatih Dalam
Kamar.
“Ketika mendaftar, saya hanya ditanya mengenai nombor keahlian sebelum
diberi pelekat jingga. Pelatih Dalam Kamar memakai pelekat biru dan ada juga
yang menggunakan pelekat kuning yang saya tidak tahu apa status mereka.
“Tempat duduk juga tidak dipisahkan bagi membezakan peguam dengan Pelatih
Dalam Kamar bagi memudahkan proses mengundi. Chee Wee mengumumkan lebih 1,000
orang hadir, sekali gus mencukupkan korum yang hanya memerlukan kehadiran 500
ahli.
“Saya tanya mengapa tiada langkah pengesahan identiti mereka yang hadir,
selain kaedah pengiraan secara profesional bagi mengesahkan korum.
Bagaimanapun, Chee Wee menyindir saya, ia sudah menjadi amalan biasa dalam
EGM atau AGM (mesyuarat agung tahunan) dan saya perlu membiasakan diri dengan
tradisi dalam Majlis Peguam kerana beliau sudah lama menjadi ahli berbanding
saya,”
Lebih mengejutkan ketika proses pengundian secara angkat tangan, hanya enam
orang ditugaskan untuk membuat kiraan sedangkan jumlah kehadiran melebihi 1,000
orang.
Berikutan tindakannya mempersoalkan kesahihan ahli Badan Peguam Malaysia
yang menghadiri mesyuarat berkenaan dan proses mengundi tidak telus, beliau
dicemuh oleh peguam lain.
Melihat kepada kaedah EGM Majlis Peguam, sebuah badan profesional yang
lantang mengkritik supaya daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibersihkan
dan memperjuangkan penggunaan dakwat kekal ketika mengundi tetapi perjalanan
mesyuarat itu sendiri carca marba dan dipenuhi pengundi hantu berlakon sebagai
peguam.
Lebih membangangkan Majlis Peguam Malaysia itu apabila setiap yang hadir
dipertontonkan tayangan video anggota polis membelasah perusuh perhimpunan
BERSIH 3.0 termasuk tiga anggota Majlis Peguam yang dikatakan turut dikasari
polis.
Persoalan di sini, mengapa hanya episod itu yang ditayangkan sedangkan
tindakan perusuh membelasah anggota polis tidak ditayangkan?








Pi rahhhhh ada hati pulak nak jaja demokrasi dan perjuang asasi korang satu badan yang angkat bakul sendiri le kata kerajaan tak demokrasi tetapi pemilihan dalam majlis nak lantik ketua babi pun korang tak jalankan ikut proses demokrasi celaka yang amat.
BalasPadamMajlis peguam pernah menganjurkan seminar mengenai azan di malaysia..antara yf djemput termasuk sorg org amerika bg mbincangkn praktikaliti azan dan kebebasan hak individu...
BalasPadamBodoh punyer badan.