Monday, May 21, 2012




#Srwkamek Dr Annuar Rapa’ee (BN-Nangka) mengkritik Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng kerana tidak mampu melaksanakan tugas sebagai Ahli Parlimen selepas menang PRK Sibu pada tahun 2010.

Biarpun sudah 2 tahun setengah Wong Ho Leng menang dengan manjoriti tipis dalam PRK Sibu namun sehingga kini tiada satu pun projek pembangunan yang dibawa Ahli Parlimen daripada DAP. Apa yang diketahui, Wong Ho Leng hanya mengkritik dan mencemuh pemimpin BN Sarawak dalam soal pembangunan. Persoalan apakah projek pembangunan yang dibawa Wong Ho Leng kepada Sibu sehingga kini masih belum terjawab dan sukar dijawab.

Walaupun menang di DUN Bukit Assek pada PRN Sarawak Ke-10, April lepas, Wong Ho Leng turut dikritik kerana tidak mampu membawa pembangunan kepada Bukit Assek. Ini kerana kebanyakan pembangunan di Parlimen Sibu dan Bukit Assek dibawa BN Sarawak.

Semenjak menjawat jawatan Ahli Parlimen Sibu, Wong Ho Leng langsung tidak pernah mengunjungi mahupun memberikan projek kepada rakyat dan pengundi di DUN Nangka. DUN Nangka adalah sebahagian daripada Parlimen Sibu. Sebaliknya, Wong Ho Leng hanya berlegar-legar di DUN Pelawan yang banyak memberikan kemenangan kepadanya semasa PRK Sibu lepas.

Menurut Dr Annuar, menjadi wakil rakyat di satu kerusi Parlimen dan satu lagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyebabkan Pengerusi DAP negeri Sarawak Wong Ho Leng tidak mampu melaksanakan tugas diamanahkan rakyat.



“Dengan beban tanggungjawab sedemikian bagaimana beliau dapat menjalankan kerja dengan cekap atau sekadar melaksanakan tugas mengkritik dan pandai berkata-kata

Tegas Dr Annuar lagi, DAP dan Wong Ho Leng juga gagal membawa masuk pelaburan ke Sibu terutama selepas menang Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu pada 2010 dan disusuli kemenangan di DUN Bukit Assek, Pelawan dan Dudong pada Pilihan Raya Negeri 2011.

Kegagalan Wong Ho Leng membawa masuk pelaburan menggambarkan mandat yang diminta dan diperolehi mereka daripada pengundi di Sibu tidak dimanfaatkan sepenuhnya.

Ini merungkaikan kepada persoalan Berapa banyak telah mereka belanjakan untuk kawasan-kawasan diwakili mereka? Berapa banyak bantuan kewangan yang telah diberikan kepada mereka yang memerlukan?

Dr Annuar melontar pandangannya bahawa kesepakatan Pakatan Pembangkang yang diwakili DAP, PKR dan PAS telah digagalkan oleh sesama mereka sendiri. Masing-masing dengan idealogi dan persepsi yang berbeza. 
Categories: , ,

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!