#Srwkamek Cubaan DAP menerusi anak beranak, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng
untuk merasuah Tunku Abdul Aziz dengan nilai RM50,000 bagi menarik balik
keputusan meletak jawatan dari DAP adalah suatu langkah yang terdesak.
Biarpun mempunyai calon pengganti iaitu Prof. Dr. Ariffin Omar bagi
menggantikan Tunku Abdul Aziz, namun DAP berasakan impak itu tidak mampu
mengatasi peranan dan populariti Tunku Abdul Aziz. Dan, sebab itu pemimpin anak
beranak DAP cuba untuk memujuk kembali Tunku Abdul Aziz sambil menawarkan wang.
Tindakan DAP itu dilihat sangat tidak demokratik biarpun nama DAP itu
sendiri berkisar tentang demokratik.
Tidak cukup dengan wang, Tunku Abdul Aziz dijanjijkan jawatan Fello Kanan
di Institut Penang. Bagaimanapun, Tunku Abdul Aziz bukanlah seorang yang boleh
dijual beli dan dirasuah sebegitu rupa. Ini seolah-olah cuba untuk membayangkan
bahawa orang Melayu ini mudah dirasuah dengan wang dan jawatan.









Oh mcm tu rupenye...
BalasPadam