DAP TOLAK NEGARA ISLAM JIKA PAKATAN PEMBANGKANG MEMERINTAH




#srwkamek Sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini tersepit apabila komponen parti pembangkang, DAP dan PAS kini berbalah dan mempersoalkan tentang negara Islam dan hukum hudud yang dicetuskan PAS.

Dalam mendapatkan kepastian, Pengerusi DAP Karpal Singh mendesak Anwar Ibrahim mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu.

Karpal Singh, menegaskan Anwar Ibrahim juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Selain menyatakan pendirian sebagai ketua pembangkang, Anwar Ibrahim juga perlu pendiriannya secara peribadi berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

Hanya menerusi pendirian itu memudahkan DAP sama ada untuk meneruskan kerjasama atau sebaliknya. DAP menegaskan di sini bahawa mereka tidak menyokong negara Islam dan seterusnya melaksanakan hukum hudud.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang yang membuat kenyataan mengenai pelaksanaan hukum hudud di negara ini jika pembangkang memerintah. Bagaimanapun, keputusan itu tidak dipersetujui dan direstui DAP yang menentang keras pelaksanaan negara Islam.

Karpal Singh mengulangi pendirian bahawa hukum hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 13, 2012 at 1:58 PM

SYABAS PAS.. TERUSKAN LAKSANA HUKUM ALLAH. JANGAN PEDULIKAN DAP. KITA DALAM PAS HENDAKLAH MENEGAKKAN HUKUM ALLAH DARI TAKUT KEPADA KAFIR DAP. ALLAH YANG MAHA BERKUASA DAN BKANNYA KARPAL LAKNATULLAH. TAKBIR ALLAHU AKBAR..ALHU AKBAR..ALLAHU AKBAR..

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger