AZMIN ALI ANAK ‘DERHAKA’ – CHE TOM YAHYA



Percayakah anda sekalian seorang anak bernama Azmin Ali tidak pernah berjumpa dengan ibunya selama 9 bulan lamanya? Jika jarak rumah kedua-dua anak beranak itu jauh atau melepasi sempadan negara mungkin boleh difahami, tetapi ini hanya dipisahkan sempadan negeri di Malaysia?

Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.

”Bila mengenangkan perbuatan Azmin Ali, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.

Jika sebelum ini ramai di kalangan ahli keluarga yang terpisah selama beberapa tahun berusaha mencari ahli keluarganya bagi mengeratkan silaturahim yang sudah lama terpisah. Tetapi, bagi seorang anak bernama Azmin Ali ianya seperti mengibaratkan ibunya telah ‘mati’. Dek kerana kuasa politik, Azmin Ali sanggup membuangkan ibunya.

Menurut Che Tom, entah di mana silapnya, Azmin Ali, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya dan kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.

Sejak itu Azmin Ali tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Malah menurut Che Tom, Azmin Ali langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.

Setelah bersabar selama 14 tahun, semalam ibu Azmin Ali, Che Tom Yahaya seakan memiliki kekuatan entah dari mana untuk meluahkan segala isi hatinya dalam membicarakan tentang Azmin Ali. Menurut Che Tom, Azmin Ali anak keempatnya sudah jauh berubah dan melahirkan rasa kecewa dengan sikapnya yang kini terpesong daripada budaya bangsa Melayu dan agama Islam.

Ibu Azmin Ali yang kini berusia 78 tahun dan kerap diserang pelbagai komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi mengharapkan anak jantannya itu kembali ke pangkal jalan.

Biarpun Azmin Ali tidak pernah pulang ke rumahnya namun sebagai ibu yang mengandungkannya selama 9 bulan 10 hari mengharapkan anaknya itu berubah dengan kembali ke pangkal jalan dan bertaubat kepada Allah swt serta keluar dari PKR. Malah, tegas ibunya, jika syarat itu tidak dipenuhi jangan harap datang menjenguk dirinya jika beliau tiada lagi di dunia lagi nanti kerana sewaktu hidup ini pun Azmin Ali tidak pernah menziarahinya.

“Yang pertama, dia perlu bertaubat kepada Allah. Kedua, tinggalkan kumpulan itu (PKR). Ramai kawan-kawan dia yang sudah tinggalkan (PKR)."

Azmin Ali yang kali terakhir melawat ibunya pada Hari Raya Aidilfitri tahun lalu dan kini di selubungi skandal seks. Atas sebab itu, Che Tom berasa luluh mengenangkan tindak-tanduk Azmin Ali yang seperti sudah berpatah arang dengan keluarga.

”Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

”Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin Ali juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.

”Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin Ali, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.

Che Tom pernah berkata, Azmin Ali akan menjadi individu yang lebih baik jika semua pengaruh buruk ini dapat dijauhi.

“Setiap kali selepas solat, saya akan berdoa dengan Allah agar membebaskan anak lelaki saya daripada Anwar Ibrahim dan beliau kembali ke jalan yang benar,” katanya.

Katanya, berbanding enam anaknya, dia melalui pengalaman yang sangat sukar ketika melahirkan Azmin Ali.

“Namun ia lebih menyakitkan apabila melihat anak saya meninggalkan kami,” kata Che Tom Yahya. 



Share this article :
 

+ comments + 1 comments

November 18, 2016 at 2:22 PM

Syurga dibawah telapak kaki ibu. Baik mahu pun jahat. Dia tetap ibu kita.

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger