ANWAR IBRAHIM SASAR TAWAN SARAWAK DALAM PRU-13




Daripada 31 kerusi yang dipertandingkan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berhasrat untuk memenangi 10 kerusi di Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan parti itu menang majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu di negara ini.

Daripada jumlah itu, 6 hingga 5 kerusi diagihkan untuk kawasan bandar manakala 4 kerusi bagi kawasan luar bandar termasuk kerusi Limbang.

Pakatan Pembangkang sudah mempunyai manifesto untuk Sarawak pada PRU-13 akan datang ini selain menggunakan buku jingga, agenda dan manifestasi satu suara melibatkan semua parti komponen di bawah Pakatan Pembangkang. Di samping itu, beberapa program untuk menarik undi juga sudah dalam perancangan dan hanya menunggu masa kempen PRU-13.

Dalam mencapai hasrat untuk menawan Putrajaya, Pakatan Pembangkang akan bertanding di kesemua kerusi termasuk di Sabah dan Sarawak untuk mendapatkan majoriti bagi membentuk kerajaan persekutuan pembangkang baharu.

Dalam lawatan selama 2 hari di Sarawak, Anwar Ibrahim telah menjelajah ke Sri Aman, Saratok, Sibu, Miri, Baram dan Limbang.

Anwar Ibrahim juga menegaskan mereka akan tetap memperjuangkan idealogi Pakatan Pembangkang biarpun masing-masing mempunyai arah tuju yang berlainan. Antara isu yang akan dicanangkan di Sarawak ialah isu tanah, harga barang, pendidikan percuma, hubungan kaum dan isu lain.

Tidak serik dengan janji-janji di negeri tadbiran Pakatan Pembangkang yang sehingga kini masih belum dilaksana biarpun sudah menjangkau masa 5 tahun selepas PRU 2008, Anwar Ibrahim sekali lagi ‘berjanji’ akan menurunkan harga minyak di seluruh negara  dalam tempoh 24 jam jika mereka berjaya menubuhkan kerajaan pada PRU-13 nanti.


Share this article :
 

+ comments + 1 comments

Anonymous
May 8, 2012 at 5:54 PM

Itu 5 tahun, UMNO-BN ambil Perintah 54 tahun utk pembangun namun tak siap2 .... kira oklaaa PR Selangor wpun 4 thn

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger