ANWAR IBRAHIM RELA ‘BUNUH’ BANGSA SENDIRI



Dengan menggunakan perkataan ‘rela’ menjadi kuda tunggangan DAP, Anwar Ibrahim sanggup membunuh bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri biarpun bangsa sendiri (Melayu) merempat di negara sendiri.

Walau apa cara sekalipun, Anwar Ibrahim tetap dipergunakan DAP biarpun terpaksa menggadaikan bangsa sendiri. Perhimpunan BERSIH 3.0 menjadi saksi di mana Anwar Ibrahim mempergunakan belia-belia Melayu untuk memerangi orang Melayu. Tetapi, di manakah belia Cina sewaktu perhimpunan BERSIH 3.0? Jika ada sekalipun ia hanya dalam jumlah yang kecil.

Sikapnya yang lebih mempercayai DAP dan sanggup menjadi kuda tunggangan DAP berbanding mendengar keluhan dan nasihat daripada bangsa sendiri (UMNO).

“Dalam Perhimpunan Agung UMNO, Najib (Perdana Menteri) kata Anwar ini bahaya kerana jika dia menjadi Perdana Menteri, dia akan dipergunakan oleh DAP, oleh orang Cina.

“Ada saya kisah? Saya tidak kisah jika terima nasihat dan pandangan daripada Lim Kit Siang (Penasihat DAP) kerana saya lebih yakin dan percaya dengan beliau daripada UMNO... saya tidak bersikap apologetik (tidak akan menyesali mengenai perkara itu).


Dengan nada angkuh, Anwar Ibrahim menyatakan “You can quote me on this (Awak boleh petik kata-kata saya) dan jadikan ia sebagai headlines (berita utama) esok.”

Beliau juga telah memperkecilkan peranan parti komponen BN lain seperti MCA, MIC, dan GERAKAN, sebab parti itu sudah tidak relevan lagi.

Keberanian golongan Melayu muda yang terbabit dalam BERSIH 3.0 kerana tidak lagi takut terhadap pihak berkuasa, sebaliknya berani tampil untuk menuntut kebebasan dan hak bersuara menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim sememangnya mahu bangsa sendiri menjadi pemusnah negara. 
Share this article :
 

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Wira Kenyalang™ - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger